March 17, 2010

11 Golongan yang Celaka

Hadis Rasulullah s.a.w

"Umatku kelak akan bangkit dari kubur, dan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya satu yang akan memasuki syurga"

Sebelas golongan tersebut adalah:

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan, kerana hidup didunia suka menyakiti hati jiran tetangga.
2. Mereka yang menyerupai babi, balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.
3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi ular dan kala, balasan orang yang enggan mengeluarkan zakat.
4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya, balasan untuk mereka yang berdusta.
5. Mereka yang tubuh badannya berbau busuk, balasan bagi mereka yang mengaut keuntungan jual beli atas penipuan.
6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu, balasan mereka yang menyaksikan maksiat @ perbuatan jahat.
7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah & darah dari mulut, balasan yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik, kepala dibawah dan kaki keatas, balasan mereka yang berzina, mati sebelum bertaubat.
9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perut penuh dengan api, balasan kerana memakan harta anak yatim.
10. Mereka yang kulitnya penuh kudis, dan penyakit lain yang menjijikan, balasan kerana melawan kedua ibu bapanya.
11. Mereka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga ke perut, dari perut dan pahanya keluar kotoran, balasan kepada mereka yang minum-minuman keras.

Ini adalah golongan celaka di akhirat kelak...Sama-samalah kita muhasabah diri kita kearah yang lebih baik...Insyaallah...

4 comments:

Clara Emily Cancer said...

info menarik yang boleh dikongsi ;-)

claraemilycancer.blogspot.com

MX said...

clara emily cancer-

thanx...=)

BuNnY pUrPlE said...

keinsafan diri datang menjelma dlm diriku..

MX said...

bunny purple-

same-same kita muhasabah balik diri kita...