March 1, 2010

Adakah ini Bala?


Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan gempa bumi yang berlaku di Haiti dan mengorbankan ribuan nyawa...Malah kini tak sampai sebulan kita pula digemparkan dengan gempa bumi yang melanda Chile...yang mana dijangkakan juga akan mengorbankan ribuan orang...Susulan daripada gegaran itu, semua negara di dunia mengambil langkah berjaga-jaga terutama di Jepun, Australia dan juga New Zealand...Berdasarkan apa yang telah dilaporkan berita ombak tsunami setinggi 1.5 m telah melanda dari timur jauh Russia dan Jepun hingga ke New Zealand...

Pernah kita terfikir akan rasional kejadian-kejadian ini?...

Dari Surah Ar-Ruum 30:41

"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut di sebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)"

berdasarkan surah diatas, kita secara rasionalnya boleh memikirkan akan perbuatan terhadap dunia yang kita duduki sekarang...pernah tak kita terfikir yang kita ni langsung tak menjaga nikmat yang telah dikurniakan Allah s.w.t....kita menggunakan segala-galanya dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan baik dan buruk sesuatu itu...

Pernah kita terfikir untuk menjaga alam sekitar?...

Rasanya tidak....aku boleh katakan macam tu...sekarang kita boleh nampak yang manusia dengan sewenaang-wenangnya melakukan pencemaran...apa yang kita salahkan?...kita salahkan orang lain...tapi pernah tak kita terfikir yang kita turut termasuk dalam golongan-golongan yang kita salahkan...banyak contoh-contoh yang aku nampak...tak mengira lelaki ke perempuan...mesti susah untuk diorang ni nak menjaga alam sekitar...

Malaysia kini sedang dilanda musim kemarau...dengan peningkatan suhu setiap hari...Apa rasionalnya?...


2 comments:

kulop ludin said...

teman rasa....
bunga2nyea dah kuor ckit2...
bumi dah tua... maksiat merata2....

MX said...

kulop ludin-btol sedare...

saya teramat setuju dengan sedare...

dah bnyak nampak tanda2nya...