March 9, 2010

Empat Soalan untuk dijawab...Bersediakah kita?

Setiap yang hidup pasti akan mati...kita pasti akan menjalani kehidupan di alam kubur...sebelum menunggu hari apabila kita dibangkitkan semula dari kubur...Ketika itu kita akan menyesal dengan segala perbuatan kita di dunia...Tapi bersediakah kita untuk hari perhitungan dengan pencipta di Padang Mahsyar kelak?...

Berdasarkan buku yang telah aku baca, empat soalan akan di tanya di Padang Mahsyar kelak...

Sabda Rasulullah s.a.w.

"Di hari akhirat Tuhan akan bertanya kepada setiap manusia,"Hai manusia, bukankah Aku telah kurniakan kepada engkau kemeriahan masa remaja?...Untuk apakah kamu habiskan masa remajamu?...Tidakkah Aku telah kurniakan umur yang panjang?...Untuk apa umurmu itu kamu pergunakan?...Bukankah Aku kurniakan rezeki yang melimpah?...Tetapi untuk apa kamu habiskan harta itu?...Bukankah aku telah berikan kamu ilmu?...Tetapi untuk apa ilmu itu kamu gunakan?..."


Kalau ikutkan, ni dah kira soalan yang bocor apabila kita di hari Kiamat kelak...Kalau jawab exam mesti dah boleh score...Tapi dapat ke kita jawab ke semua empat soalan tu?...

Kita nilai lah balik diri kita...Dalam soalan tu soalan pertama yang ditanya adalah apa yang dah kita buat pada usia remaja?...Banyak tak kita beribadat menyembah Allah s.w.t?...Atau kita lebih banyak mengutamakan dunia?...Kita boleh lihat sendiri remaja-remaja sekarang...Dan korang sendiri boleh nilaikan diri sendiri di tahap yang mana...

Terbaca dalam News online semalam, kanak-kanak berusia 11 dan 12 tahun merogol sepupu mereka berusia 8 tahun...Ape kejadahnye ni?...Aku hairan, dalam usia yang begini muda dah tau semua tu...Adakah ni hasil didikan daripada rumah?...Apa nak jadi sekarang ni?...Dunia sudah semakin tua...Kita semakin menghampiri kiamat....

Fikir-fikirkan...Insyaallah...

2 comments:

jaya jr said...

betol2..
dunia da tue..

MX said...

Jaya jr- btol tu...

dah banyak tanda2nya...