March 10, 2010

Kita diperdaya...Sedar tak?...

Update blog setelah keluar dari GSC...lepak di Mc' D sebentar...Baru lepas menonton movie terbaru...Pada awalnya...Plot awal movie tersebut agak boleh diterima...tapi apabila semakin mendalam penceritaan ceritanya...Aku menyedari yang banyak unsur-unsur dakyah yang telah diselitkan dalam cerita tersebut...Banyak mengagungkan agama mereka...menunjukkan mereka adalah agama yang benar...dan tidak mustahil ini dapat mempengaruhi mereka-mereka yang kurang pengetahuan agama...

Ini tidak mustahil, banyak kes-kes murtad yang telah berlaku di Malaysia kini...Satu petanda di mana...Agama Islam dipandang hina...dan merupakan satu petanda di mana kiamat bakal terjadi...Aku sedar, penguasaan terhadap ekonomi dunia menyebabkan mereka mudah menyerap masuk ke dalam minda kita...termasuk melalui filem-filem terbitan mereka...Kita semakin hari, semakin kerap diperdaya dengan usaha-usaha mereka...Usaha untuk menyesatkan umat Islam....Usaha untuk memecah-belahkan kita...

Tidak kah kita sedar akan hal itu?...

Kita sering mengagungkan mereka di barat...tapi sedar tak yang kita selalu diperdaya?...tak kira la kat mana pun...tapi kita masih lagi mengagungkan mereka...aku rasa macam tertipu...tapi masih ramai yang tidak sedar akan keadaan itu....

Fikir-fikirkan...


4 comments:

touyakaruma said...

citer apa ? Book Of Eli ?

iQBaL HaSBuLLaH said...

macam cerita The book of ELI ja??
sokong seratus peratus apa yang saudara cuba sampakan..

MX said...

touyakaruma- filem yang baru sahaja keluar...Solomon Kane...

MX said...

iqbal hasbullah- saya masih belum tengok "The Book of Eli"...

adakah filem ini membawa kepada dakyah2 juga?...