March 5, 2010

Novel Melayu....Asyik-asyik Cinta....


Assalamualaikum dan salam sejahtera...Aku memang minat membaca...so tak kira la...English atau Bahasa Melayu...Tak kira la genre yang macam mana...Dan aku juga suka membaca Harry Potter...temasuk collection The Inheritance...

Tadi aku pergi la Alamanda, Putrajaya...dengan niat nak jalan-jalan...sambilsambil tu aku masuk MPH bookstore kat situ...tengok la macam-macam jenis buku...Buku English banyak...Melayu pun banyak...So...aku pusing-pusing la dekat area novel-novel Melayu...Apa yang aku tengok adalah persamaan yang hampir diantara kesemua tajuk-tajuk novel tu ada persamaan..Semuanya boleh dikatakan ada perkataan "CINTA", "SAYANG", "KASIH"...banyak lagi la...Jadi secara luaran kalau kita tengok tajuk pun dah tau yang novel-novel ni mesti ada kaitan dengan kisah cinta...

Aku banyak baca novel English...Tapi aku nak jumpa tajuk-tajuk yang ade tulis "LOVE" pun susah...kalau ada pun motivation punye buku...tak pun romance punya genre...Tapi kalau nak jumpa fantasy punya buku ala-ala Harry Potter agak susah...Adakah ni menunjukkan yang orang kita kurang imagination bebanding dengan orang luar?...dan boleh dikatakan kita lebih suka untuk menceritakan kisah-kiash cinta dalam novel-novel Melayu?...

Sekarang pun kita banyak tengok novel-novel macam Harry Potter tu di alih bahasa ke bahasa Melayu...dan tadi pun aku jumpa buku "TWILIGHT" dengan "NEW MOON" dalam bahasa Melayu...Tapi tu semua adalah karya orang luar...tak boleh ke kalau kita buat cerita kita sendiri?...

Fikirkan...

So..tadi aku beli satu buku yang agak menarik untuk dibaca...Tajuknya.."Semai Benih-Benih Syurga"...Aku akan ceritakan serba sedikit kisah yang terdapat dalam buku tu in the next entry....

Wassalam...

3 comments:

iera said...

Iera pon mnt bce novel gak...Ade satu novelis kat Malaysia yg Iera tau ske wat cte2 thriller n byk2 imaginasi...

try cari bku Ramlee Awang Murshid... Best jgk cte2 dia

MX said...

iera- pernah baca satu novel daripada Ramli Awang Murshid...

Masa time kat situ pun...satu-stunya buku yang tak menunjukkan tajuk yang berkaitan cinta adalah daripada Ramli Awang Murshid...

=)

touyakaruma said...

cuba cari karya Ramli Awang Murshid ... memang best .

Dulu mak hantar Touya gi belajar tusyen omputih .. Touya gi ngorat anak dara orang . Tak pasal-pasal nak kena tunggu novel omputih ditranslate dulu ke BM baru leh baca .