April 21, 2010

Sebab apa aku berblogging?...


Aku selalu jugak lepak-lepak kat gengblogger....Tu sememangnya menjadi satu tempat persinggahan aku...Selalu jugak aku tengok list blogger-blogger paling popular...Boleh kata daripada 20 orang...dalam 5 orang je lelaki...So kat sini adakah blogger wanita lagi popular dari blogger lelaki?...

Aku tulis ni bukan sebab aku dengki...cuma musykil sedikit...adakah ini disebabkan bilangan wanita di dunia ini semakin ramai?...ataupun lelaki kurang minat terhadap blogging?...Mungkin jugak...Aku ada juga tengok member-member aku...Boleh kata tak ramai yang minat berblogging...dan masih lagi menganggap kerja blogging ni macam tak berfaedah bagi sesetengah orang...Mungkin...

Bagi aku...Berblogging banyak info yang kita dapat...kadang-kadang tu lagi cepat dari news kat TV...Selain tu dapat jugak cari income lebih...Macam yang korang semua tahu, sekarang marketing boleh dibuat melaui marketing...Secara tak langsung korang boleh menjana pendapatan...dengan hanya menaip..Sekarang pun dah banyak menawarkan khidmat advertise untuk di paparkan kat blog...Contoh macam Nuffnang, Innity, Advertlets...Banyak lagi...Semua tu boleh jadi side income...

Tapi apa tujuan sebenar aku berblogging?...Adakah untuk mencai income semata-mata?...Mencari fans mungkin?...Mungkin sesetengah orang berpendapat sedemikian...Tapi adakah itu perlu menjadi tujuan utama berblogging?

Mungkin lain orang lain persepsi mereka...Jadi korang macam mana?...Sebab ape korang blogging?...Ape yang korang dapat...Maklum la...Bila dah masuk dunia blogging...Kita akan selalu mengadap komputer...Jadi tak bosan ke?...

Bagi pendapat sikit.....

6 comments:

nughul said...

sy blogging sbb inf0 lol..
blh dpt rmai kwn di alam maya nie
byk sbb kita blogging

sebelas said...

hehehe..nak buat macam mana,pompuan tue cun,lelaki cuma hensem je..so mana buleh lawan :D

http://nomborsebelas.blogspot.com/

MX said...

nughul-

Betol2...

aku pun dapat kumpul member dengan berblogging...

MX said...

sebelas-

mungkin tu sebabnye kot...

sebab tu lelaki kurang popular...

hahahaha...

nuriz said...

dpy kumpul kwn, info dan dpt le duit poket sikit :)

MX said...

nuriz-

=)