May 31, 2010

[Part 2]FreeGaza Freedom Flotilla Mission

Berita hari ini telah memberitahu bahawa askar Israel sudah mula melepaskan tembakan terhadap kapal-kapal yang mula memasuki perairan Gaza...Setakat ni diberitakan seramai 15 orang telah disahkan meninggal dunia...Tapi apa yang diberitahu oleh pihak Israel adalah tembakan itu bukan dari mereka...Aku rasa macam diorang ni terlalu bijak pandai ke?....Nak bagi alasan tapi dah terang-terang kita nampak siapa yang menyebabkan kekecohan di Palestin...Dan diorang jugak yang dah bagi "warning" awal-awal yang diorang akan lepaskan tembakan jika ada kapal yang mula memasuki perairan Gaza...

Misi yang disertai oleh pelbagai negara masih lagi mendapat tentangan Israel yang berusaha menyekat kemaraan mereka yang tiada niat untuk berperang...Malah dengan satu tujuan murni untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada Gaza...Apa tujuan mereka melepaskan tembakan kepada kapal-kapal tu?...Bukannya kapal perang...

Aku follow sahabatalaqsha di twitter...di update setiap minit..dan walaupun sekarang bilangan korban terus meningkat apabila pihak Israel meneruskan tembakan...

Buat masa sekarang komunikasi masih terputus, satelit juga terpputus...Di harap kita sama-sama berdoa untuk kejayaan mereka disana...

Insyaallah...

[Part 2] World Cup 2010 South Africa Venue

Jom ikuti sambungan kedua untuk venue perlawanan bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung di South Africa nanti...



Ellis Park Stadium , yang terletak di Johannesburg...Stadium ni telah siap dibina pada tahun 1928 dan diubah suai pada 1982...Berupaya memuatkan penonton seramai 62,567 penonton...Merupakan home ground bagi Orlando Pirates (bola sepak) & Lions (Rugby)...


Free State Stadium, terletak di Bloemfontein...Stadium telah siap dibina pada tahun 1952...Berupaya untuk memuatkan penonton seramai 45,000 penonton...merupakan home ground bagi Bloemfontein Celtic...



Stadium Nelson Mandala Bay, yang terletak di Port Elizabeth...Stadium ni siap dibina pada tahun 2009...Berupaya memuatkan 48,000 penonton...


Loftus Versfeld Stadium, terletak di Tshwane/Pretoria...Siap dibina pada tahun 1906...kemudian diubah suai pada 2008-2009...berupaya untuk menempatkan seramai 50,000 penonton...


Royal Bafokeng Stadium, terletak di Rustenburg...siap dibina pada tahun 1999...berupaya untuk menempatkan seramai 42,000 penonton...Home ground kepada Platinum Stars...

Sekian sahaja information yang dapat dikongsikan mengenai Venue Piala Dunia yang akan digunakan nanti...Aku akan cuba kongsikan lagi info pasal Piala Dunia pada entry-entry yang akan datang....


#sumber daripada soccernet.com


May 30, 2010

[Review] Prince of Persia : The Sand of Time


Prince of Persia : The Sands of time yang dah keluar hari Khamis yang lepas di semua pawagam...Semalam aku dah tengok movie ni dekat Alamanda...Hari i aku nak review sikit pasal movie ni...

Kalau korang tak tahu lagi pasal movie ni...Movie ini adalah adaptasi daripada game Prince of Persia...Kira watak dan jalan cerita banyak merujuk kepada game Prince of Persia...Cerita in berlaku apabila Dastan iaitu putera raja Persia yang tidak mempunyai darah bangsawan...dia jadi Putera Raja pun bila Raja Persia ambik dia jadi anak angkat..Dastan ni membantu tentera Persi ketika mereka membuat serangan ke atas Alamuth...Secara kebetulan...Dia jumpa pisau yang boleh mengembalikan masa silam...Dengan pasir yang boleh dianggap suci la...Jadi tugas diorang untuk protect benda tu daripada jatuh kepada tangan orang jahat...

komen aku tentang movie ni aku boleh bagi 4/5...Sebab dari segi jalan cerita agak perlahan sikit...Sebab dalam cerita ni banyak watak yang diperkenalka..jadi banyak jugak la cakapnya...Tapi part action...Cerita ni memang best...dengan banyak jugak aksi-aksi yang menarik...Kira kalau pergi tengok tu tak la membosankan sangat...

Jadi overall rating 4/5...

May 28, 2010

[Part 1] World Cup 2010 South Africa Venue

Kejohanan Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung di South Africa tidak akan lengkap tanpa venue-venue yang mempunyai keunikan tersendiri...Berikut adalah antara venue-venue yang akan digunakan di South Africa nanti...


Stadium Soccercity yang terletak di Johannesburg...Merupakan venue ketika perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 diantara South Africa menentang Mexico...siap dibina pada tahun 1989...mempunyai capacity sebanyakk 94,000 penonton...Merupakan home ground untuk pasukan Kaizer Chiefs...


 Moses Mabhida Stadium, yang terletak di Durban...siap dibina pada 2009...Boleh memuatkan seramai 70,000 penonton...


Green Point Stadium, yang terletak di Cape Town...stadium ni baru siap pada tahun 2009...Stadium ni boleh memuatkan kira-kira 68,000 penonton....


Peter Mokaba Stadium, terletak di Polokwane...Stadium baru sahaja siap dibina pada tahun ni sempena World Cup 2010...Capacity untuk stadium ni adalah 45,000 penonton...


Mbombela Stadium, terletak di Nelspruit...Stadium ni siap dibina pada tahun 2009...Dengan capacity sebanyak 46,000 penonton...





Nanti aku akan review lagi pasal venue World Cup...Cuma tinggal lagi 2 minggu...tak sabar...Kalau korang nak info pasal jadual perlawanan bola sepak...Korang boleh klik link kat bawah ni....

[Part 1]FreeGaza Freedom Flotilla Mission

Korang ada terdengar tak pasal Convoy sebanyak 42 buah kapal yang akan masuk ke Gaza di Palestin untuk menghantar bantuan kepada rakyat disana setelah mereka mengalami sekatan ekonomi yang teruk oleh pihak Zionis...Dan ada diantara NGO yang menyertai misi keamanan kali ini adalah dari negara kita...Aku cukup berbangga...Tapi dalam misi ni...kurang mendapat liputan...Dalam Buletin Utama TV3 je ada update pasal ni...

Sekarang mereka masih lagi menunggu masa untuk masuk ke Gaza..Untuk menghantar bantuan kemanusiaan...Aku dah jugak cari info pasal expedition ni..Dan ada jugak laman web dari negara kita iaitu 


yang update pasal misi mereka untuk menghantar bantuan ke Gaza...Misi mereka telah bermula sejak tahun 2008 lagi...banyak yang telah diharungi...Dan aku tak tahu sehingga lah ada dalam berita yang mengatakan mereka akan cuba untuk menghantar sebanyak 42 buah kapal dalam satu ekspedisi...Tapi sehingga kini masih berada 20 batu daripada Gaza sebab dah disekat oleh tentera Israel...

gambar menunjukkan kedudukan kapal-kapal yang ingin memasuki Gaza...

Misi yang dianggap besar ni melibatkan NGO dari seluruh dunia...Persatuan yang yang kebanyakannya ditubuhkan pada 2008 dengan satu misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Palestin di Gaza...Korang jugak boleh refer dekat laman web ni untuk penjelasan lanjut tentang misi membebaskan Gaza daripada cengkaman Israel yang semakin melampau terhadapa penduduk Gaza...Malah sumber daripada laman web tersebut mendedahkana usaha untuk memasuki Gaza semakin sukar apabila pihak rejim Israel meningkatkan lagi kawalan keluar masuk ke Gaza...


Aku akan cuba lagi cari info pasal ni dan kongsikan dengan korang semua..sebab aku rasa kita patut tahu apa yang berlaku kepada saudara kita di Gaza...Insyaallah aku akan cuba update lagi pasal ni...

Lelaki itu rumit?...


Pagi Jumaat yang seronok sebab hari ni cuti..So...kepada mereka-mereka yang menyambut Hari Wesak...Aku ucapkan Selamat Menyambut Hari wesak...


So...tadi aku ada terbaca satu blog mengenai rahsia diri...dekat blog 1001rahsiadiri.blogspot.com...So...kat sini aku share dengan korang...Pasal lelaki...Sebab apa lelaki tu rumit?...Aku juga seorang lelaki...tapi aku tak rasa pun aku ni rumit...Jadi betul ke?...


1. Bila si dia sibuk... ... .. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah. 

2. Bila si dia ego... ... . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan. 

3. Bila si dia romantik... ... .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama. 

4. Bila si dia panas baran... ... .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda. 

5. Bila si dia penat... ... . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan. 

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... ... ... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain. 

7. Bila si dia mengongkong... .. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua. 

8. Bila si dia selamba... ... . Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya. 

9. Bila si dia curang... .. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati. 

10. Bila si dia lurus bendul... ... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat

Jadi betul ke lelaki ni rumit?...

May 27, 2010

Kerenah dengan agensi kerajaan


Hari ni aku pergi JPJ...sebab nak renew lesen aku yang mati sejak 8hb May lepas...dah lebih 2 minggu aku menggunakan jalanraya tanpa lesen yang hidup hahahaha...Nasib baik aku sedar....sebab member-member aku yang tanya lesen aku hidup lagi ke tak?...lepas tu baru aku check lesen aku....time tu dah mati dah pun...

Tadi sampai je kat JPJ time tu baru pukul 2 lebih...Aku dapat no 1578...tapi time tu baru 1478...Fuyooooo....100 orang lagi tu...Nasib baik la aku ada kerja kat Celcom...nak bayar bill broadband...so...aku terus pergi Celcom dulu sementara nak tunggu giliran aku selepas 100 orang lagi... 


Biasa la...Bila kita dealing dengan Goverment Agency  ni...selalunya memang mengambil masa yang lama...macam aku tadi pun dah ambil masa lebih kurang 2 jam...ditambah pulak dengan cuti esok. dan hujung bulan...masing-masing ada duit dan masa untuk melangsaikan cukai-cukai yang dikutip oleh JPJ...


Bila dah sampai turn...tak lama pun...tak sampai 10 minit...kejap je...nak renew lesen...tapi masa yang perlu ditunggu sampai 2jam...rasanya memang tak patut...dan aku rasa pihak yang berwajib perlu fikirkan cara-cara nak atasi masalah macam ni....

Celebrity Who Stink !

Hahahaha...Tajuk untuk minggu ke 13...(b)...memang boleh menimbulkan kontroversi....sebab aku perlu tentukan celebrity mana yang stink...Dan aku perlu recommend kat mereka ni produk terbaru daripada Adidas Action 3...Salah satu series Adidas Action 3 ialah Intensive Anti-Perspirant Spray...Kalau kita tengok sendiri daripada perkataan intensive tu mesti kita faham yang intensive tu memberi maksud memberi satu protection yang berlebihan terhadap bau badan kita...Betul tak?...Bial dah dapat extra protection ditambah pula dengan anti-whitening yang takkan meninggalkan kesan kat baju kalau kita pakai...Jadi tak ada kesan la...Produk ni juga tiada alcohol...Jadi kita boleh pakai kat mana-mana...Dan sudah semestinya elok untuk orang Islam...


So...dalam entry kali ni Project Alpha dah suruh pilih siapa artis paling memerlukan deodorant...Kat sini aku suggest Azwan Ali...hahaha...Sebab apa?...


Sebab kita sendiri tahu yang Azwan Ali ni seorang celebrity yang aktif...Selalu kesana dan kemari...Jalan sana...jalan sini....jadi secara tak langsung bau badan pun semerbak...sebab tu aku rasa dia memang perlukan deodorant....Lain pula kalau bila dia di interview oleh media...kadang-kadang topik yang ditanya tu boleh bikin panas wooooo.....Bertambah-tambah lagi peluh kat ketiak nak marah...hahahaha...Jadi secara tak langsung penggunaan doeodorant oleh Azwan Ali ni memang perlu...


Bila sesi photoshoot ke....Tengah shooting ke....mesti tempat tu kadang kat tengah-tengah panas...Jadi peluh-peluh ni sekejap je...Kalau tak pakai deodorant sah-sah bau tengik ke...hapak ke...habis keluar...Bila dah pakai Adidas Action3  Intensive..kira dah bagi satu protection daripada bau badan dia la....Tak la nanti masuk tajuk hangat kat Melodi....hehehehe...

Jadi secara kesimpulannnya, aku rasa memang Azwan Ali amat memerlukan deodorant....

Sebelum tu kita tengok dulu episode Project Alpha Season 2 

Episode 36


Episode 37


Episode 38


Episode 39


Last sekali,

Project Alpha is presented by Adidas Action 3
and supported by 
MAS and P1

May 26, 2010

Jadual Piala Dunia 2010

Piala Dunia yang akan berlangsung dekat South Africa tinggal la lebih kurang 2 minggu...Terasa bahang-bahang Piala Dunia telah pun membayangi setiap peminat bola sepak di seluruh negara...Masing-masing tertanya-tanya akan siapa yang akan memenangi trophy yang cukup berprestij di peringkat antarabangsa...



Masing-masing memberi predictions siapa yang bakal menjulang trophy tersebut apabila semua negara yang bertanding menyenaraikan barisan pasukan dengan pemain yang terhebat...Kejohanan yang dianggap paling berprestij dalam dunia...Nak layak ke kejohanan ni pun masing-masing perlu melepasi peringkat Zon Benua masing-masing....


Siapa bakal juara?....

Topik yang bakal menjadi perbincangan hangat kepada semua peminat-peminat bola sepak bulan Jun ni....Adakah Brazil?...Spain?...England?...ataupun juara bertahan Itali?...Jadi masing-masing akan menanti kejohanan yang berprestij ni...

Kat sini aku nak share dengang korang pasal jadual perlawanan Piala Dunia nanti...Korang boleh tekan link kat bawah untuk download jadual tu...


Lepas tu korang jugak boleh try untuk menjadi manager terbaik sepanjang Piala Dunia dalam Fantasy Fifa World Cup...Korang pilih pemain terbaik yang korang rasa untuk dapat point...Kita boleh tengok siapa manager terbaik untuk Piala Dunia nanti...mana tahu kalau aku boleh buat league ke nanti...hehehehe


So...Sama-sama kita sokongteam pilihan kita ye...Aku sebenarnya nak sokong Malaysia...Tapi apa kan daya, Malaysia masih lagi tak layak nak sertai Piala Dunia walaupun dah 53 tahun kita Merdeka...Kena tunggu 53 tahun lagi ke agaknya?....

Apa-apa pun untuk World Cup kali ni aku sokong Spain....Korang pulak?...

May 25, 2010

I wanna watch Toy Story 3

Aku memang seorang peminat setia Toy Story 3...Aku dah tonton Toy Story sejak first lagi movie diorang keluar...Dengan karektor Andy dan mainan-mainannya...Baru-baru ni jugak aku dah pergi tengok movie 3D diorang yang double feature kat MidValley...Kira macam panggil balik kenangan lama time zaman budak-budak...Sekarang dah tua dah...tapi movie Toy Story masih lagi menjadi favourite aku...Karektor macam Buzz, Woody, Mr. Potato  Head memang boleh buat aku gelak besar...hahaha...

Bila Pixar menerbitkan Toy Story 2, banyak karektor-karektor baru yang muncul...Macam Stinky Pete, yang aku paling tak suka...hahaha...Banyak karektor yang muncul...macam Zurg, lepas tu geng-geng Woody....Jadi cerita Toy Story makin best....

Selangkah lagi perjalanan karektor-karektor Toy Story...dalam perjalanan yang baru...dengan watak permainan yang baru....Kali ni  juga Anday dah makin besar...Adik Andy yang dulunya baby sekarang pun dah besar...Jadi ceritanya mesti lain...Aku nak tengok cerita...Dan nak jadi antara orang pertama yang tengok cerita ni melalui Nuffnang Premier Screening yang diorang buat kat GSC Midvalley...Di tambah pulak tarikh tayangan tu jatuh on my birthday...Lagi la happy...Kira boleh jadi birthday present aku la hari tu...=)


So dalam contest ni Nuffnang suruh peserta untuk pilih karektor mana yang korang nak sangat tengok dalam movie tu...Bila aku tengok balik...Aku teringin nak tengok karektor Chunk...sebab macam lain dari yang lain...sebab dalam cerita sebelum ni pun...Tak pernah lagi tengok Chunk...



Tengok kat atas tu Chunk macam "The Thing" dalam movie Fantastic 4...Tapi ye ke?...Kita kena tunggu dulu...Sebab tu sekarang aku tunggu nak tengok movie ni...bersama-sama dengan Nuffnang...So...lagi best la...Jadi kita tunggu je ye....Aku tak sabar !...Tak sabar !....Nak tengok Toy Story 3 on my birthday...hehehe

Pernah main games Minesweeper?

Hari ni aku nak cerita sikit...

Aku memang dah lama pakai computer...sepanjang aku hidup...aku rasa dah lebih 10tahun aku pakai komputer...Aku memang dah tahu banyak pasal komputer...Cara nak format...Cara nak install...Cara nak setup satu komputer baru...Tapi sebenarnya...aku banyak lagi yang tak tahu pasal komputer...Banyak lagi yang aku perlu explore...dan tahu...hahaha


Kalau korang tengok gambar kat atas ni...Mesti korang tahu ni game apa...Minesweeper...Game ni dah lama dah berada dalam PC korang...Tapi cuba korang bayangkan...dah lebih 11 tahun aku guna komputer tapi hari nie je baru aku tahu yang macamana cara nak main game nie....hahahaha...sebelum ni aku tak pernah pun nak main game tu...Try and error je...hehehe...kira main tekan-tekan je la....



Sekarang nie aku dah addicted dengan game nie...Best...sebab menguji minda...Kira lepas ni boleh aku join skuad bom PDRM ke...ATM ke...hehehehe....

May 24, 2010

My Wiggy Design

Kali ni PRoject Alpha Instant Cash Blogging nk uji bloggers design Wiggy...Tapi aku ni memang tak berseni nak design-design sebab aku bukannya seorang creative art design...so kalau nak design hebat-hebat tu tak boleh la...setakat kalau guna paint sikit-sikit tu boleh la...Tu pun guna geometry je...hehehe...



So...kalau korang tengok Wiggy aku kat atas ni memang simple...Aku tak suka bentuk bintang ke...Diamond ke...tapi aku suka bentuk Wiggy yang asal...Aku jugak tak suka design yang fancy-fancy...sekadar yang simple je...

Jom tengok Project Alpha season 2....


Episode 33





Episode 34





Episode 35





Last sekali pesanan penaja,


Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

May 23, 2010

Nike Write The Future


Video terbaru Iklan daripada Nike....

Memang best...Aku tengok time Rooney terbayang masa depan dia tu...dah jadi tua...siap berjanggut lagi...hahaha...
First time aku tengok kat iklan time Final Champions League semalam...

Inter Milan juara treble

Sepeti yang aku jangka...dan yang aku ramalkan...Inter Milan dah menjadi juara eropah setelah menewaskan Bayern Munich dengan jaringan 2-0 daripada Alberto Diego Milito...Kemenangan ke atas Bayern Munich melengkapkan treble Inter yang mana sebelum ini telah memenangi dua piala di Serie A...Inter dah join team Celtic, Ajax, Manchester United, PSV Eindhoven dan juga Barcelona dengan melengkapkan treble...

Semalam aku tengok game yang mana kick off start pukul 2.45 pagi...Memang mengantuk time tu...Tapi bila game dah start...Hilang mengantuk...Permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan boleh dikatakan terbaik jika dibandingkan dengan Manchester United lawan Barcelona season lepas...Sebab kali ni memang nampak sangat yang kedua-dua team mempunyai kekuatan yang hampir sama...Tapi Inter ni player diorang laju...Jadi Bayern pun tak dapat nak sekat kelajuan diorang ni...

Kalau tengok statistik pun...Bayern banyak pegang bola daripada Inter...Macam jugak masa Inter lawan Barcelona...ball possession tak banyak kat diorang...Tapi bila diorang couter attack....fuyooooo...memang respect habis beb....2,3 touch je dah sampai kat gol pihak lawan...Macam gol semalam la...korang boleh tengok sendiri...3 touch je....lepas tu gol...memang Bayern yang baru lepas attack time tu tak tahu nak buat ape dah...Defend pun dah ramai naik ke atas...Last-las terpaksa la mengharapkan keeper...

So...Korang enjoy la gambar-gambar ketika perlawanan akhir UEFA Champions League semalam ye...

Penyokong-penyokong Inter sebelum perlawanan

Penyokong-penyokong Bayern sebelum perlawanan

Gaya Jose Mourinho dengan Materazzi meraikan kemenangan mereka

Kapten pasukan Javier Zanetti dan pasukan meraikan kemenangan bersama piala

Julio Cesar...Keeper cemerlang dalam perlawanan

#picture credit to soccernet.com

May 22, 2010

Kronologi seorang pelajar [version aku]

Aku sudah berada di tahun akhir...Malah di semester akhir pembelajaran aku...So...lepas ni kira aku akan menghadapi satu dunia yang penuhh dengan persaingan...Perlu bersaing dalam segenap aspek kehidupan...Sekarang nak dapat kerja pun dah semakin susah...Kena bersaing dengan semua orang...Kalau kita mudah tewas dalam persaingan kita akan ketinggalan...Alamak...dah melalut la pulak...hehehe...

Aku nak cerita sikit...Apa yang aku perhatikan...Ketika aku berada kat tempat pengajian aku ni...Aku suka perhatikan orang...dan aku memang suka tengok gelagat orang...Tak kira la...member-member ke...junior-junior ke...semua aku tengok...So...kat sini aku nak story sikit pasal kronologi pelajar kat kolej aku...yang mana merupakan  kolej yang memang khusus untuk pelajar kejuruteraan...hehehe...

Tahun 1

Apa yang aku perhatikan...Bila dah masuk semester satu...pelajar-pelajar baik-baik je...Jalan pun tunduk...Nak tegur-tegur oun tak berani...Biasa la...Freshie...kena la baik...Nanti apa pulak orang kata...hehehe...Jadi time ni masing-masing fokus nak study...sebab tengah bersemangat...maklum la...azam baru bila dah masuk U...Biasa-biasa...hehehe

Tahun 2

Bila dah masing mula dah kenal...so..boleh la tengok yang masing-masing dah ada pasangan...kat sana sini korang boleh tengok mesti ada pasangan...tak kira la kat mana pun...makan sama-sama...jalan sama-sama...ish...kadang2....tak sedap jugak mata memandang...hehehe...tapi nak buat macam mana...tu la yang berlaku...bila masing-masing dah suka...


Tahun 3

Kali ini boleh kata student dah kenal sangat keseluruhan U @ kolej...diorang dah boleh digelar senior...Jadi dah ada 'ek' sikit...maklum la...dah ada junior bawah 2 tahun...tinggal setahun je lagi nak blah...jadi macam2 la yang kes yang timbul...kes itu...kes ini...banyak la...bila yang tak pernah jejak KL kenal KL...jadi macam2 diorang dah explore...

Tahun 4

Tahun akhir...Tahun ni...masing-masing dah mula sibuk...dengan tugasan Final Year...Ramai juga pasangan-pasangan yang clash...kononnya dah kenal hati budi masing-masing...hahaha...aku nak tergelak pun ada...bila di kenangkan balik tahun 2 tadi...Kesibukan time ni memang ketara...tidur pun dah tak berapa nak cukup...Balik umah pun tak tentu...kadang sampai pagi...tapi tu la lumrah pelajar tahun akhir...dan aku tengah alami sekarang...

Tu kronologi yang aku tengok, perhati dan alami sendiri...Kadang-kadang ada yang nak tergelak...kadang-kadang nak marah...tapi semua tu la lumrah yang dialami seorang pelajar...Sebelum menempuh dunia sebenar...


#picture credit to google.com

[Highlights] Bayern Munich vs Inter Milan

Final Liga Juara-juara Eropah...Pertemuan antara juara Itali iaitu Inter Milan dengan juara German, Bayern Munich...Masing-masing dengan kejayaan dua piala di liga masing-masing sudah pasti akan memberi saingan dalam perlawanan akhir yang akan berlangung di Santiago Bernabeu di Madrid...Satu tempat yang akan memberikan satu impak dalam kejohanan Liga Juara-juara kali ni...


Kedua-dua pasukan membariskan pemain-pemain terbaik mereka untuk berusaha merangkul kejohanan ketiga untuk kelab masing-masing...Ni adalah line up yang mungkin digunakan oleh kedua-dua team




Bayern Munich (4-4-2) : Butt (GK), Lahm, Demichelis, Van Buyten, Badstuber, Altintop, Schweinsteiger, Van Bommel, Robben, Olic , Muller

Inter Milan (4-2-3-1) : Cesar (GK), Maicon, Lucio, Zanetti, Samuel, Cambiasso, Muntari, Sneijder, Eto'o, Pandev, Milito

Line up yang membariskan pemain-pemian hebat...Tapi dalam final kali ini kita kehilangan aksi dua pemain utama kelab masingmasin iaitu Franck Ribery (Bayern Munich) dan juga Thiago Motta (Inter Milan) yang telah dilayangkan kad merah dalam aksi separuh akhir...Jadi ini kelihatan adil untuk kedua-dua pasukan...

Kedua-dua pasukan mengharapkan dua tonggak utama iaitu Arjen Robben dan juga Wesley Sneijder untuk menjadi tonggak masing-masing...Macam yang korang tahu...Mereka berdua adalah rakan sepasukan dalam negara Belanda dalam Piala Dunia nanti...Dan mereka dianggap tonggak utama dalam pasukan masing-masingPerlawanan ini juga menemukan tonggak Argentina iaitu Martin Demichelis dan juga Diego Milito...

Jadi apa percaturan Jose Mourinho dan juga Van Gaal?...Dapat tak mereka bawak pulang trophy Liga Juara-juara dan secara tidak langsung membawa kembali piala ketiga mereka?...Bakal kita saksikan pagi esok...



Aku punya prediction: Aku rasa Inter Milan akan membawa pulang Piala Liga Juara-juara kali ni...sebab di barisi oleh pemain-pemain yang hebat jika dibandingkan dengan Bayern...Mereka mempunyai barisan pertahanan dan serangan yang mantap...Jadi tak mustahil kalau Inter Milan boleh bawak balik trofi tu kali ni...

May 21, 2010

David Villa sah milik Barcelona


Akhirnya sudah terjawab...David Villa akan ke Barcelona dengan yuran perpindahan 40juta Euro...David Villa secara rasminya menandatangani kontrak bersama Barcelona selama 4 tahun selepas lulus ujian kecergasan hari ini...David Villa merupakan pemain pertama yang telah dibeli oleh Barcelona untuk season 2010/2011...Rekod David Villa di Valencia beliau menyumbat gol sebanyak 107 dalam 166 perlawanan...Jadi hari ni sah David Villa menjadi milik Barcelona....Dah la Barcelona dah ada player macam Lionel Messi..Xavi...Andreas Iniesta...Pedro...dah confirm-confirm diorang ni bertambah hebat...Aku rasa Real Madrid susah nak dapat peluang kat La Liga season depan...hehehe...

p/s: Aku rasa Thierry Henry boleh la balik Arsenal balik...Kesian aku tengok team Arsenal...hehehe


#credit to soccernet.com

AUDI R8 + Nuffnang

Lepas solat Jumaat tadi...aku ke Kuala Lumpur...tujuan aku nak teman member aku...sebab dia dah dapat employment kat Exxon Mobil...So...tadi pergi ambik dia punya offer letter...Dalam keadaan panas terik dan juga kereta yang banyak menyebabkan jem...Dan kitaorang terpaksa mengambil masa dekat satu jam untuk sampai kat Menara Exxon Mobil...perjalanan yang agak penat dan mengantuk walaupun aku tak driving...hehehehe...

Urusan kat Menara Exxon Mobil kejap je...Just nak ambik employment offer letter...dan sudah tentu member aku gembira...maklum la...bila dah lepas study dah ada tempat nak kerja...kira dia ni tak sempat la nak tanam anggur macam aku...hahaha...Lepas dapat explanation daripada HR staff kitorang pun balik la...next destination...aku nak pegi office Nuffnang...nak ambik sijil Malaysian Book of Records aku...hehehe...dah catat rekod la katakan...

Tadi sebelum nak gerak dari Menara Exxon Mobil aku jumpa ini kereta AUDI R8...wowwwww!!!!...kereta harga RM980k tu...kalau tak caye korang try la search kat Mudah.My...memang mahal la kereta nie....dan tadi buat pertama kali aku tengok kereta ni kat jalan...sebelum ni aku tercari-cari jugak tapi tak pernah pun nak nampak...hehehe...


gambar ni aku snap time dalam kereta...aku nampak kereta ni kat traffic light...so...aku suruh membe aku berhenti jap...sebab nak ambik gambar...hehehehe...tengok sendiri la...kereta tu dah tinggal BMW 7series kat belakang tu macam tu je...

satu lagi aku nak tanya korang...siapa-siapa yang ada pergi Gatsby Street Fair hari tu?...dah ambik tak certificate Malaysian Book of Record?...aku baru ambik tadi...dan aku berpeluang tengok office Nuffnang...memang sempoi la...aku pun rasa macam nak try join untuk Coffee with Nuffies yang diorang anjurkan sekali sebulan...baru boleh tahu tentang tempat diorang kerja dengan lebih lanjut...mana tahu nanti satu hari...hehehehe

[Preview] Trailer Karate Kid

Movie terbaru bakal muncul...Karate Kid...tadi aku berjalan-jalan sambil tengok trailer movie-movie terbaru...termasuk la kat youtube...korang sendiri pun selalu jugak tengok video-video best kat youtube...hehehe...

so...aku jumpa la trailer pasal movie baru...yang akan ada kat pawagam nanti...mengisahkan tentang seorang budak yang selalu dibuli...dan dia ni tak tahu nak mempertahankan diri...dia pindah ke China bersama mak dia...jadi biasa la...bila masuk kampung orang...bukan nye senang nak sesuaikan diri...jadi budak ni jadi mangsa buli...Lepas tu...dia jumpa seorang sifu mestilah Jacky Chan...yang tolong ajar dia seni mempertahankan diri...Memang best...korang tengok trailer kat bawah nie...Aku rasa aku nak tengok movie ni nanti...lepas semua kerja dah settle...hahahaha...

Aktiviti setiap hari

Sekarang aku selalu balik lambat daripada bilik project...Sebab sekarang aku tengah sibuk siapkan Final Year project aku.. banyak keje yang kena siapkan macam mechanical contruction, wiring, programming...pening-pening...hahaha...tapi biasa la...lumrah sebagai pelajar...kena la korban sikit...

Time untuk aku lepak-lepak pun dah takde...Pagi, petang, siang , malam duduk kat Project Room...Siapkan kerja-kerja...Jadi time aku nak online pun tak berapa sempat...So...aku mintak maaf kepada siapa-siapa yang tinggalkan komen sebab aku tak sempat nak reply...

Kat bawah ni gambar-gambar yang aku boleh tunjuk pasal project aku...tak besar pun...Kecik je...dan kitorang design project ni untuk bantu industri-industri kecil dalam pembungkusan sabun...tapi yang ni sekadar prototype je...


Gambar Die untuk shaping dengan debossing...Part ni aku design...daripada drawing...sampailah dah jadi macam nie...


ni boleh kata 50 % daripada bahagian machine aku...Still ada barang yang tak sampai lagi...


Ni bahagian wiring...kitorang guna PLC Siemens S7-200 untuk control overall machine...

Aku rasa tu dulu setakat ni...sebab bila ada free time lagi baru aku update...Chow dulu...

Wassalam !

May 20, 2010

Football = Adidas

Adidas satu jenama sukan yang memang tidak asing lagi dalam bola sepak...Tak kira la...di negara mana sekalipun...akan ada jenama Adidas yang menyerikan lagi sukan bola sepak...Adidas merupakan salah satu penaja utama sukan bola sepak di dunia...Kalau kita tengok EPL sendiri...Kita boleh nampak sendiri Adidas dah taja team utama Liga Perdana Inggeris seperti Chelsea dan juga Liverpool...Kalau dekat La Liga pulak...Real Madrid yang mana kita tahu team tu memang banyak bintang...

Malah Adidas juga ada menaja pemain secara individual seperti David Beckham yang terkenal dengan model kasut "Predator"nya...Kaka yang lebih dikenali dengan model "Adipure"...Tevez dengan model "Tiempo"...Jadi kat sini Adidas memang tak boleh dipisahkan dengan sukan bola sepak ni...

Sekarang boleh kata kat mana-mana di pelusuk dunia ni...Kita tengah merasakan kehangatan Piala Dunia yang akan berlangsung 13 Jun ni dekat South Africa...Dan secara tak langsung...Adidas telah menaja bola sepak yang akan digunakan...Sepanjang yang aku tengok...sejak 1998 bila aku muala tengok bola...Dah ada bola Adidas yang digunakan kat World Cup...Tahun 1998 "Trico lore", tahun 2002 " Fever nova", tahun 1996 " Roteiro" dan yang akan berlangsung kat South Africa ni "Jabulani"...Sudah menjadi sebati jenama Adidas di pentas Piala Dunia....

Sempena Demam Piala Dunia jugak Adidas dah anjurkan satu pertandingan yang dipanggil Adidas Pure Game South Africa yang dianjurkan dekat centre court Midvalley...19-23 May nie...Korang tengok poster kat bawah untuk info yang lebih lanjut...Memang best dan semestinya Adidas sebagai penaja utama...So korang jangan lepaskan peluang nak pergi tengok game tu yer...Confirm best !


Sebelum tu jom kita sama-sama tengok Project Alpha Season 2 dulu...

Episode 29




Episode 30



Episode 31





Episode 32





Last sekali,


Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.
The Project Alpha bloggers will be at the Adidas Pure Game Ole KO event on Friday (May 21), from 7.30p.m.-8.30pm.
Catch them in action !

May 18, 2010

Wanita "Islam" pertama Miss USA...Apa nak jadi?


Buat pertama kalinya dalam sejarah Miss USA dimenangi oleh seorang wanita Islam...

Rima Fakih yang merupakan keturunan Arab Lebanon yang berusia 24 tahun telah menang pertandingan Miss USA dengan mewakili Michigan...Sebagaimana yang kita tahu pertandingn Miss USA sudah semestinya memerlukan seseorang peserta itu untuk memakai pakaian renang dan memberikan gaya-gaya yang menghairahkan...dan secara tak langsung...beliau yang seorang Islam telah menyertai pertandingan yang sudah semestinya dilihat sebagai satu penyindiran terhadap agama...Malah beliau memberi tahu bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian...Macam mana tu?...


Jadi aku terfikir jugak jika ini merupakan satu permainan yang telah dirancang oleh mereka-mereka yang menganjurkan pertandingan ini atau pun ini merupkan satu petunjuk dimana-mana Islam hanya sekadar nama di masa kini...Itu yang dapat kita lihat...Ramai yang tidak mengambil kisah akan maruah Islam dimata dunia...Jadi apakah signifikan yang perlu dibanggakan dengan kemenangan ni?...



kredit to KOSMO ! Online