May 17, 2010

Kemana arah tuju Lotus F1 Racing Team?...Pendapat anda?


Lotus Racing F1 Racing team?...

Korang mesti kenal kan...Team yang mana telah disebut-sebut oleh Perdana Menteri kita sebagai Team F1 1 Malaysia...yang mana telah meletakkan pemandu negara kita setapak lebih hadapan dalam sukan termahal dunia ni...Tapi setelah 6 race...Team Lotus Racing masih tidak lagi menunjukkan taringnya...Dan still boleh kata ketinggalan dalam sukan Formula 1 ni...Tapi adakah semua ni terlalu awal untuk kita katakan?...Sebab team ni baru sahaja menyertai kembali  sukan ini selepas dah lama bersara...

Lotus Racing Team penah satu ketika dulu dikatakan antara team yang terhebat ketika kereta mereka di pandu oleh juaara dunia ketika itu...Ayrton Senna...Tapi setelah kembalinya mereka ke persada formula 1 adakah ini memerlukan masa untuk mereka menunjukkan taring?...Mungkin siapa tahu...

Aku tengok daripada race-race F1 yang berlangsung...Team Lotus F1 masih lagi tidak berada di dalam kelompok 10 terbaik...dan sering kali...mereka gagal habiskan race...dan setiap kali race mesti kereta akan ada masalah mekanikal...Apa yang boleh kita kata?...Sedangkan team baru seperti HRT racing dari India mungkin lebih baik jika dibandingkan dengan Lotus Racing team..

Jadi apa pendapat korang semua sebagai rakyat Malaysia tentang Lotus "1Malaysia" F1  Racing  team?...

6 comments:

samdaddycool said...

Untuk mantap dalam F1, mengambil masa yang lama.. bukan kurang setahun pasukan tu dibangunkan. Dana sudah semestinya ber'million-million' kena tabur..

Cuma harap-harap duit yang dilabur tu berbaloi.

MX said...

samdaddycool-

stuju dengan pendapat tu...

jangan pulak dana yang dilabur hilang tah kemana...

papabear said...

masih terlalu awal untuk F1 racing. cuba tengok sejarah ferrari dang yg lain2... punya la lama masa yg diambil... setakat buat kereta baru and ambil driver baru belum cukup...

MX said...

papabear-

ini baru tahun pertama...

tapi kalau boleh nak jugak tengok macam Brawn GP...

Kalau boleh....=)

hans said...

bagi peluang
benda still baru
memang xmungkin pasukan baru boleh terus menang
lagipun budget yg diperuntukkan tak banyak macam pasukan hebat yang lain
apa2pun benda nih bagi banyak faedah sebenarnya pada jurutera malaysia
bagi masa 3-4 tahun lagi
kalau masih tak ada perubahan itu baru tandanya gagal

MX said...

hans-

bagus pendapat anda...

saya setuju...

kita tengok pembangunan team Lotus ni...

sejauh mana ia melangkah...