May 28, 2010

[Part 1]FreeGaza Freedom Flotilla Mission

Korang ada terdengar tak pasal Convoy sebanyak 42 buah kapal yang akan masuk ke Gaza di Palestin untuk menghantar bantuan kepada rakyat disana setelah mereka mengalami sekatan ekonomi yang teruk oleh pihak Zionis...Dan ada diantara NGO yang menyertai misi keamanan kali ini adalah dari negara kita...Aku cukup berbangga...Tapi dalam misi ni...kurang mendapat liputan...Dalam Buletin Utama TV3 je ada update pasal ni...

Sekarang mereka masih lagi menunggu masa untuk masuk ke Gaza..Untuk menghantar bantuan kemanusiaan...Aku dah jugak cari info pasal expedition ni..Dan ada jugak laman web dari negara kita iaitu 


yang update pasal misi mereka untuk menghantar bantuan ke Gaza...Misi mereka telah bermula sejak tahun 2008 lagi...banyak yang telah diharungi...Dan aku tak tahu sehingga lah ada dalam berita yang mengatakan mereka akan cuba untuk menghantar sebanyak 42 buah kapal dalam satu ekspedisi...Tapi sehingga kini masih berada 20 batu daripada Gaza sebab dah disekat oleh tentera Israel...

gambar menunjukkan kedudukan kapal-kapal yang ingin memasuki Gaza...

Misi yang dianggap besar ni melibatkan NGO dari seluruh dunia...Persatuan yang yang kebanyakannya ditubuhkan pada 2008 dengan satu misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Palestin di Gaza...Korang jugak boleh refer dekat laman web ni untuk penjelasan lanjut tentang misi membebaskan Gaza daripada cengkaman Israel yang semakin melampau terhadapa penduduk Gaza...Malah sumber daripada laman web tersebut mendedahkana usaha untuk memasuki Gaza semakin sukar apabila pihak rejim Israel meningkatkan lagi kawalan keluar masuk ke Gaza...


Aku akan cuba lagi cari info pasal ni dan kongsikan dengan korang semua..sebab aku rasa kita patut tahu apa yang berlaku kepada saudara kita di Gaza...Insyaallah aku akan cuba update lagi pasal ni...

2 comments:

stingray said...

semoga mereka berjaya...
sama-sama kita berdoa

MX said...

stingray-

insyaallah...

=)