May 12, 2010

[Piala Thomas] Malaysia - Denmark (Suku Akhir)

Prestasi yang agak memberangsangkan daripad skuad Malaysia ketika menentang Denmark ketika suku akhir Piala Thomas...Seperti yang aku jangka, pemain no.1 dunia dan juga beregu no. 1 dunia menepati ramalan apabila menewaskan lawan masing-masing dengn straight set....Manakala beregu kedua negara Wong Choong Han telah bermain dengan prestasi terbaik untuk menewaskan lawannya yang sebelas tahun lebih muda daripadanya...Permainan yang terbaik apabila Wong Choong Han tewas 22-20,16-21,21-18...Kira game best jugak sebab dia main all out untuk menewaskan lawan dia...



Jan O Jorgenson yang memberi saingan hebat kepada Wong Choong Han


satu lagi kejutan telah dikejutkan lagi dengan beregu kedua Malaysia apabila Zakry Latif digandingkan dengan  Hoon Thian How...Beregu yang boleh dianggap sebagai bidan terjun dalam kejohanan nie...Ditambah pulak dengan prestasi Fairuzizuan Tazari yang agak merudum semalam...Dan Rexy mengambil langkah untuk mengandingkan gandingan beregu kedua Malaysia...


Hoon Thian How yang merupakan gandingan bersama Ong Soon Hock...yang menjadi bidan terjun dalam kejohanan Piala Thomas kali ni...

Permainan yang ditunjukkan oleh Zakry dengan Hoon Thian How memang best...Memang fight sangat...Mereka berjaya mengutip kemenangan pertama 26-24...kemudian set kedua dan ketiga tewas 12-21, 19-21...Apa-apa pun diorang memberi tentangan yang hebat kepada beregu Denmark...


Gandingan Denmark Lars Paaske & Jonas Rasmussen yang bertemu Zakry Latif & Hoon Thian How...

Harapan tetap disandarkan kepada Hafiz Hashim yang menentang Joachim Persson...Set Hafiz menang 21-12, 21-10....Kira memang hebat la...Tahniah untuk Hafiz Hashim...Kemenangan untuk membawa pasukan Malaysia ke final...Tahniah...

So...lepas ni Malaysia akan berdepan dengan China...Akan berjumpa Lin Dan, Chen Jin, Bao ChunLai dan beregu Guo Zhendong & Xu Chen dan juga Cai Yun & Fu HaiFeng...Kira ni merupakan satu bebanan dan cabaran yang akan digalas oleh skuad Malaysia...

Semoga berjaya !

2 comments:

~Bloggerina~ said...

xde semangat sgt,but still hoping tema Msia menang

MX said...

bloggerina-

itu yang perlu diharapkan...

diharap Malaysia memberi kejutan kepada China...