June 9, 2010

Demam World Cup sudah bermula

Tinggal 2 hari lagi untuk kita yang berada di Malaysia...2 hari lagi untuk kita menyaksikan kejohanan bola sepak Piala Dunia yang bakal berlangsung di Afrika Selatan...Seluruh dunia merasakan kehangatan perlawanan yang melibatkan negara-negara kuasa besar dalam sukan bola sepak...
Setiap pasukan membariskan pemain terbaik mereka...Dengan satu tujuan untuk menjuarai trofi yang hanya muncul 4 tahun sekali...Tapi piala dunia kali ramai bintang yang tidak dapat beraksi...seperti Rio Ferdinand, John Obi Mikel, dan yang terbaru Nani...Masing-masing dilanda kecederaan di saat-saat akhir...Mungkin rezeki mereka bukan kat World Cup kali ni...

Siapa bakal membawa pulang trofi kejohanan masih lagi menjadi tanda tanya...

Adakah Brazil?...yang merupakan negara ranking no 1 dunia dalam sukan bola sepak...
Adakah Argentina?...seteru utama dari benua Amerika Selatan...Lionel Messi yang merupakan pemain terbaik dunia berada dalam skuad Argentina...
Adakah England?...Sememangnya dibarisi bintang-bintang yang tidak asing lagi dalam kancah bola sepak Lig Perdana Inggeris...
Mungkin juga Belanda?...Team yang boleh disifatkan antara team terbaik tetapi masih belum berpeluang untuk menjuarai Piala Dunia...
Dan tidak ketinggalan Juara EURO 2008...Sepanyol...yang memang dibarisi bintang dan corak permainan yang mantap...


Siapa yang bakal membawa pulang piala yang cukup berprestij itu...Kita tunggu bermulanya perlawanan sepak mula pada 11 June 2010...

Siapa yang masih tidak ada jadual lengkap piala dunia 2010...Klik link di bawah...disertakan bersama jadual waktu Malaysia...

6 comments:

e5 said...

aku sokong malaysia----pengadil tu!!hehehe
salam ziarah

r-mean said...

sepanyol yg terhebat..huhu

Ery Farieha said...

tengah demam kot :(
tp xkan demam bola kot ery ni?
hahahahaha~
go brazil!!

MX said...

e5-

yeahhh...
subkhiddin boleh...
=)

MX said...

r-mean-

btol2...
tpi masih ade saingan daripada Brazil dengan Argentina lagi...

hahaha

MX said...

ery farieha-

demam jgn lupe mkan ubat ye...
jgn makan bola plak...
hehehe