June 8, 2010

Rasional kahwin awal...Pendapat anda?

Bila dah start cuti sekolah...banyak la papan tanda yang naik...tak kira la...kat roundbout ke...tepi jalan ke...kat traffic light ke...Semua tempat ada...Papan tanda yang diletakkan sekali dengan bunga manggar yang menunjukkan isyarat ke rumah pengantin...

Ramai yang membina masjid baru...Kat mana-mana je la...sebab time ni je time yang sesuai sebab cuti panjang untuk budak-budak...Jadi ramai yang menggunakan peluang terbaik ni untuk disatukan bersama...Aku sendiri ada member yang baru je kahwin...Walaupun usia masih muda...


Adakah sesuai untuk kahwin muda?...Itu terpulang kepada individu...bagi aku aku masih tak layak sebab banyak lagi urusan yang aku perlu selesaikan...Banyak lagi tanggungjawab aku...Jadi nak pikul lagi satu tanggungjawab aku rasa tak mampu lagi...Tambah-tambah pulak nak tanggung anak orang...Ish3...


Jadi apa rasionalnya kalau kahwin awal?...Memang ada kebaikannya...Tapi bila kahwin awal tetapi masih di bawah tanggungan ibu bapa macam mana pulak tu?...Bukan ke tanggungjawab lelaki adalah sebagai ketua keluarga?...Tapi kalau ketua keluarga masih mengharapkan ibu bapa macam mana tu?...Lain pula kalau perempuan...Itu mungkin tidak menjadi masalah bagi mereka...Cuma untuk lelaki mesti ada sesuatu yang perlu dibincangkan...

Pendapat korang macam mana?...


# sumber gambar dari googleimages

6 comments:

Fara Dee Dilah said...

ada gak kebaikan kawin awal ni..mencegah maksiat, di tmbh2 lagi dgn keadaan yg mcm2 sekarang ni..dr buang bayi sebab takut mak ayah marah, baik kawin awal..apapun, mentaliti msyrakat termasuk ibu bapa kita skg mcm memandang kawin awal ni bukan sesuatu benda baik..tapi kalau dah bersedai, dah smpai jdoh,apa slhnya kn?

✿Lovillea✿ said...

ermmmmm khwn muda... sensitif r topik ni TT_TT

Ery Farieha said...

tu laa
kawan2 aku rmai gak da kawen
tp msg2 masih blaja
tp tujuan dorg dikawenkn maybe sebab nak elak maksiat
sebab dorg dr family yg kuat agama
and mmg family tampung dorg.
aku pun xtau nak komen macam mane, mgkn pd mereka ni, maksiat tu lebih dielakkan, bukannye lelaki tu tak bertanggungjawab cume bagi masa kt laki tu.
cmtu kot.
hooo~

MX said...

Fara Dee Dilah-

betul tu...
bagi perempuan aku rasa mungkin tak menjadi masalah...
tapi bagi lelaki mungkin ada sedikit masalah...
tapi tu semua ketentuan jodoh kn?..

MX said...

Lovillea-

sensitif?...
maksudnya?...

MX said...

Ery Farieha-

mungkin tu salah satu sebabnya...
tapi bagi aku rasa...
kalau lelaki tu masih di tanggung oleh ibu bapa rasanya tak patut la nak tanggung anak orang...
sebabnya macam masih mengharapkan ibu bapa...
sedangkan dia dah pun menambah beban dalam diri dia...
nanti membawa ke arah masalah rumah tangga...

mungkin juga...