June 6, 2010

Shaq tersingkir dari rancangan Mentor 4

Aku hairan dan pelik...Adakah perlu air mata dititiskan kepada seorang yang masih lagi belum bergelar artis dan hanya masih berentap dalam satu rancangan realiti?...Adakah air mata yag dititiskan kerana mereka dah berjuang mati-matian dalam rancangan realiti?...

Tapi aku nak tanya pernah tak kita terfikir nak titiskan air mata untuk perjuangan saudara kita di Palestin?...Tiap hari di bom oleh pihak rejim Zionis yang dibaratkan syaitan...Tapi ada kita nak titiskan air mata?...Dan mungkin juga kita tak pernah nak mengambil tahu tentang apa yang berlaku di Palestin ketika ini...


Tu yang aku lihat ketika pengumuman keputusan kumpulan A rancangan Mentor 4 tadi...Diumumkan bahawa Shaq iaitu protege kepada Mas Idayu dah tewas dan dah disingkirkan daripada rancangan Mentor 4...Sejurus lepas tu ramai la yang mula nak bengkak-bengkak mata...nak menangis...Aku pelik...Tengok muka sorang-sorang especially lelaki ganas-ganas...tapi bila sampai situasi macam ni boleh pulak nangis...Ish3...

Ramalan yang dah aku buat sejak konsert pertama diorang akhirnya menjadi kenyataan...Memang kali bukan nasib Mas Idayu...sebab dari awal lagi diorang dah dapat publisiti yang agak berlebihan jika dibandingkan dengan mentor-mentor lain...jadi memang kali ni dah terbukti yang bukan rezeki beliau...

Satu je nasihat aku kat abang-abang macho kat luar sana...Jangan la nangis ye...sebab malu la...ni dah macam mengalahkan perempuan la pulak...hahaha

14 comments:

FiesyaaChacha said...

he's not good enough. i mean, shaq. lack in everything. ngaaa. byebye shaq!:D

Syira ITIK KEJ♥M said...

sori la tuan2 di luar sana, saya sngat setuju dgn entri ini

tidak perlulah hendak menangis berlebih-lebihan ye! =_="

Sya Syazana said...

betol jugak~
knapa perlu nanges krn dia ini?
knapa x sdih pkir kan saudara kita kat gaza tu

MX said...

syira-

sama pendapat dengan saya...
=)

MX said...

fiesyaachacha-

stuju2...
dah nampak dari awal lagi...
walaupun tak follow sangat secara serius...
hehehe

MX said...

sya syazana-

tu yang pelik tu...
sebab diorang ni lelaki...
baik kita ingat perjuangan saudara kita di Gaza...

Ery Farieha said...

menanges?
ohh sdg sibuk di kampung
hahahah
ohh protege mas idayu ek kua?
sore die x best sgt cam black pun ;P

MX said...

Ery Farieha-

a'a...dah tersingkir...
yang menjadi masalahnye...
bila lelaki yang bermuka ganas menangis...
ape cite?...
takkan benda yang macam tu pun nak nanges...
ish3...

F U N F A B U L O S I T Y said...

mak aihhhh...abg2 pun leh nangis pasal bende junk ni??!
pelik bin ajib betol...
MELAYU MUDAH LUPA!

kepada peserta rancangan realiti tersebut...harap dah tahu setakat mane kemampuan bakat seni anda..sekiranya ada..,asah sampai berjaya kelak. sekiranya tidak dapat berjaya..balik kampong tanam jagong!jeng jeng jeng..

best entry mx pagi ni..mmg myegarkan..lastly dapat tahu gak sape yg tersingkir tu..mmg dah agak dari awl2..(tak layan sgt rancangan realiti tu..skunk tgh meneliti berita2 mgenai bantuan gaza.

MX said...

funfabulosity-

hahaha...nampak gayanya camtu la...
mungkin sebab terlalu banyak publisiti...tu yang jadi macam tu...
=)

s h e e said...

hurm...things sometimes happen upredictable...

lalala...speaking plak...ehehe...x perlu kot nanges beria utk benda2 mcm ni...nanges sbb takut dan cintakan Allah lebeyh baik...pesanan utk diri sndr juge...

MX said...

shee-

ape salahnye speaking sekali-sekale...hehehe...

tu la pasal...masa tengok time keputusan diumukan...ade yg sampai keluar-keluar air mata...masalahnya diorang nie lelaki...

tu yang pelik tu...ish3...

Anonymous said...

dah agak ah... first week lgik...
suara dia mmg x bley blah...
piching mmg lari
kalo perhatikan..
suara dia x boleh bwak lagu yang keras.
rock.. dll..
dia seolah-olah sdg menjerit...

kite tgk.. kalo dia bwak lagu slow.. mmg lawa...

kalo dia kekalkan lagu yang slow dan sesuai dgn suara dia dia bley maju..

bg ak dia slah pilih lagu..
kalo tdk dia bley move next level.. ditambah dia asal org kelantan.. org kelantan nih.. dia pya aura dan semangat kenegerian kuat tu...

MX said...

Anonymous-

thanks kepada pendapat anda...
memang dari awal aku dah jangka...
dan akhirnya menjadi kenyataan...