July 12, 2010

[Highlight] Netherlands vs Spain

Malam ni bakal menentukan siapa yang akan membawa pulang Piala Dunia...Pertembungan diantara 2 negara yang masih lagi tidak memenangi Piala Dunia bakal menjadikan perlawanan ni satu perlawanan yang hebat untuk ditonton...


Kedua-dua pasukan membariskan barisan pemain yang hebat...Mempunyai corak serangan yang mantap termasuk la pertahanan yang mantap...Aku pun tak boleh nak predict siapa yang bakal membawa pulang Piala Dunia yang berprestij itu...Lebih kurang 2 jam setengah lagi kita semua bakal menyaksikan perlawanan akhir untuk edisi Piala Dunia kali nie...

Untuk Spain, sudah tentu reputasi mereka lebih tinggi apabila telah menjadi juara ketika EURO 2008...Boleh dikatakan barisan pemain yang sama diturunkan oleh Del Bosque untuk kejohanan Piala Dunia kali ni...Dibarisi pemain-pemain hebat dari kelab Barcelona seperti Andres Iniesta, Carles Puyol, Gerard Pique dan bintang terbaru Barca David Villa menjadikan barisan serangan dan pertahanan pasukan Spain lebih mantap jika dibandingkan dengan Netherlands.

Tapi reputasi Netherlands dibawa oleh pemain-pemain mereka seperti Wesley Sneijder yang menjuarai Champions League bersama Inter Milan...Arjen Robben yang merupakan salah seorang striker terbaik dunia yang bersama Bayern Munich...Barisan pertahanan seperti Mathijsen, Heitinga van Bronckhost pasti menjadikan pertahanan mereka sukar untuk ditembusi...


Ape-ape pun semua tu kita tunggu malam ni...Siapa yang bakal ditabalkan sebagai Juara Piala Dunia 2010...

3 comments:

velasrizal said...

go spain go..

Jersi Baru Liverpool (Away) Musim 2010/2011

velasrizal said...

rasanya villa akan skor game ni..

Jersi Baru Liverpool (Away) Musim 2010/2011

MX said...

velasrizal-

aku rase sneijder pun ade potensi nak score...

hahaha...