August 31, 2010

22 pasangan di tangkap khalwat ambang Kemerdekaan ke-53

Sambutan Kemerdekaan ke-53 turut dicemari dengan penangkapan seramai 22 pasangan di Shah Alam. 22 pasangan kekasih yang dipercayai warga tempatan yang dipercayai berkhalwat di tahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam "OPS Sayang" sempena sambutan ambang Merdeka ke-53 malam tadi dan awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Nurhamizah Othman berkata kesemua pasangan itu ditahan di beberapa hotel bajet sekitar Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya sepanjang operasi yang bermula pada pukul 11 malam semalam sehingga 4 pagi tadi.

Beliau berkata pelbagai taktik licik dikesan cuba digunakan pasangan kekasih bagi mengelakkan mereka daripada ditangkap seperti mendaftar masuk ke hotel atas nama masing-masing tetapi hanya menggunakan sebuah bilik. "Curiga dengan tindakan itu, pihak kami pada mulanya pergi ke sebuah bilik yang didaftar namun tiada orang di dalamnya sebelum menyerbu ke sebuah bilik lagi.

"Di bilik itu, anggota JAIS yang terpaksa memecah masuk setelah pintu tidak dibuka mendapati ada seorang lelaki dan wanita yang bukan muhrim berada di dalamnya," kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Selain pasangan itu, Nurhamizah berkata terdapat seorang wanita yang disyaki berkhalwat dengan lelaki bukan Islam menggunakan nama kekasihnya dalam buku pendaftaran bilik sewa hotel bagi mengaburi pihak Jais.Nurhamizah berkata kesemua pasangan yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu dibawa ke ibu pejabat Jais di sini untuk diambil keterangan dan diikat jamin sebelum dibebaskan.

Beliau berkata pasangan yang disyaki berkhalwat itu akan didakwa mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, katanya lelaki bukan Islam itu tidak akan didakwa oleh Jais.-BERNAMA

p/s: Aku hairan. Setan bulan puasa kena ikat. Tapi masih ada lagi mereka yang berkelakuan macam ni. Adakah ni dorongan syaitan? Bulan-bulan puasa pun masih lagi ada yang berpelakuan macam ni. Macam tak ada akal fikiran. Semua ikut hawa nafsu. Bila dah ada kes-kes macam ni, kita tunggu 9 bulan, bermakna dalam bulan 5 tahun hadapan mesti ada lagi kes-kes buang bayi.

15 comments:

Faizal@PeJAY said...

siot le cemarkan Shah Alam jer

NiNa' said...

uish!~.. kah222 padan muke kena tangkap~

Aizat Shafiq said...

@Faizal

eheemmm...ehemmm...
orang Shah Alam...
hahahaha

Aizat Shafiq said...

@Nina'

tu la...
balasan buat diorang...
=)

cimut munniey :) said...

syaitan memang tade bln pose tapi masakan 9 bln mampu menandingi 1 bln iaitu bln ramadhan?

semoga kite semua jauh dr segala maksiat :)

gnesop.com said...

dasyat..
tak kira bulan ramadan ke apa..

s h e e said...

astaghfirullahalazim...mintak jauhla benda2 cmni...huhuh...

Ery Farieha said...

merdeka la sgt kan?

MuNie said...

bila agama dalam jiwa dah lenyap... camtu la..

Aizat Shafiq said...

@cimut muniey

aminnn~
mintak2 macam tu la...
=)

Aizat Shafiq said...

@shee

aminn~
betul tu shee...
=)

Aizat Shafiq said...

@Ery Farieha

tula...negara je merdeka..
tapi fikiran tak merdeka lagi...
masih lagi dijajah..
=)

Aizat Shafiq said...

@Munie

tah la...mereka lebih ikutkan nafsu kan?...
hmmm

Aizat Shafiq said...

@gnesop

tu la...
dalam bulan puase pun diorang boleh buat mcam ni...
bawak2 la bertaubat...

sizuka[Izzati] said...

hish macam mana tak byk kes buang anak sekarang ni.huhu~