August 23, 2010

Apa itu Unique Viewer | Tips Blogging

Bila aku melihatkan statistik Nuffnang, viewer untuk blog AizatShafiq.com mencapai 700++. Tetapi unique viewer hanya 200++. Jadi apakah perbezaan antara viewer dan unique viewer? Mungkin ramai yang tak tahu apa itu perbezaan antara Unique Viewer dan Viewer?

Aku pun sebelum ni tak tahu apa perbezaan antara unique viewer dan viewer macam yang kita selalu tengok dalam Nuffnang Analytics ke, Google Analytics ke. Lepas tu, aku hantar la ticket dekat Nuffnang bertanyakan mengenai masalah viewer ni. Yela, selalunya aku selalu dapat viewer tinggi, tapi unique viewer maintain je 200++. Susah nak dapat lebih lepas aku tukar domain dari apieceofaword.blogspot.com kepada aizatshafiq.com. Jadi kat bawah ni explanation mengenai Unique Viewer dan PageViewer.

Unique Viewer
Visitor yang dipanggik unique viewer ni ialah visitor yang berkunjung ke blog kita setiap hari. Tapi dalam masa sehari tu, sekali je yang dikira unique viewer. Kalau dalam masa sehari tu dua,tiga kali datang ke blog kita masih lagi dikira satu Unique View. Jadi kalau korang dah singgah ke satu blog tu sekali untuk hari tu, dan korang singgah lagi sekali hari yang sama korang tak tingkatkan Unique Viewer untuk blog tapi tingkatkan PageView untuk blog tu. Kira memberi manfaat juga kepada pemilik blog.

Viewer
Viewer untuk blog ni bila korang datang ke blog tu. Berapa kali korang datang ke blog tu pun dikira 1 viewer @ pageview. Termasuk la bila kita selalu refresh blog kita. Sudah tentu, kita punya pageview untuk blog tinggi. Tapi ni takkan meningkatkan kita punya Unique Viewer. Jadi selalunya kalau advertiser lebih mementingkan Unique Viewer jika dibandingkan dengan Viewer. 

Sebab semakin tinggi Unique Viewer ini bermakna semakin ramai yang datang blog kita. Tapi kalau Viewer korang tinggi, bermakna korang ni ada loyal reader. Mereka ni suka membaca blog korang berkali-kali dalam sehari. Jadi sebagai pemilik blog korang kena la menjaga loyal reader korang. Sebab diorang suka membaca blog korang. 

Thanks alot kepada loyal reader blog aizatshafiq.com. Aku amat menghargai korang. Thanks for all your support ye.

8 comments:

MYVI said...

TQVM..akhirnya persoalan sy terjawab...newbie mcm sy banyak lg perlu belajar

GaDis CoMeL said...

ohh..baru tau.sblm ni tak tau jgk.keh3x.

MX said...

@MYVI

same2...
sy pun banyak lagi yang perlu blajar...
sama2 kita kongsi ye...
=)

MX said...

@Gadis Comel

takpe2...
sni2 nak bagitau..
hehehehe

sizuka[Izzati] said...

baru tahu jgk.thanks for sharing:)

MX said...

@sizuka

same-same...
=)

mAsHiMaRo said...

ops,sori,nak betulkan sikit,
unique viewer tu bukan kira per day ..
tapi kalau tak silap b4 ni ade blogger otai tulis yang unique view tu dikira per minute~~

MX said...

@mashimaro

UV ni kira bil. sekali viewer tu masuk dalam sehari...
kalau masuk 2,3 kali dalam sehari tetap dikira sekali untuk sehari tu...
info ni sy dapat dari Nuffnang...
=)