August 31, 2010

Beginikah sambutan kemerdekaan ke-53?

Adakah ini cara sambutan tahun baru di bulan Ramadan?


Aku balik dari Tadarus Al-Quran kat masjid ni yang aku nampak. Mat-mat motor merempit ke sana sini. Berkumpulan di atas jalan. Tanpa kawalan. Seolah-olah jalan ini mereka yang punya.


Adakah ini cara menyambut kemerdekaan di bulan Ramadan? Di sambut dengan bunga api dan mercun? Walaupun aku tahu, sekarang ni musim bunga api. Tapi adakah patut bunga api dan mercun dimainkan ketika pukul 1 pagi? Waktu di mana orang ingin tidur.


Kita berada di malam sepuluh yang terakhir. Tak ke kita nak ambil peluang untuk mencari malam lailatul qadar? Malam yang dijanjikan pahala bersamaan seribu bulan.


Tak ke kita nak menunaikan ibadat di masjid?


ataupun memilih untuk bersuka ria dimalam kemerdekaan?


dan secara tak langsung menghasilkan?


Fikir-fikirkan.

Gambar-gambar kredit to Google.com

10 comments:

Malwanaz said...

itulah, kalau semalam dijadikan malam mengawan, tengoklah paper bulan 5 nanti berapa ramai lagi baby yang xbersalah kena buang..

Anonymous said...

tiru macam kelantan...bagaimana tok guru wt sambutan merdeka dlm bulan ramadhan...

Aizat Shafiq said...

@Malwanaz

Mintak-mintak dijauhkan la...
sebab ni bulan Ramadan...
=)

Aizat Shafiq said...

@Anonymous

cara tok guru buat sambutan tu dah betul...
tapi masih ramai lagi rakyat yang tak faham apa yang tok guru nak sampaikan..
aku berada di Kelantan..
cuba bayangkan ramai budak2 motor buat sambutan sambil tunjuk aksi masing2 atas jalan...
betul ke tu?

Anonymous said...

hurm...nak fhmkan org mmg ssh,lg2 yg remaja,mdh sgt nk ikt cr org luar (barat terutamanya)ble de sambutan tertentu...tmbh plak cr sambutan mcm tu da jd kebiasaan...

Aizat Shafiq said...

@Anonymous

yang tu setuju..
dan tu lah kejayaan orang-orang barat yang masih lagi menjajah pemikiran orang kita zaman sekarang...
hakikatnya kita ni masih belum merdeka...
betul tak?

yebbit + . + said...

dorang dah jdkan semua tu as rend. asal merdeka, merempitt. asal cuti cucuk langitt. tp alhamdulillah, smalam xbyk bunga api, merempit xsure. :)

s h e e said...

hurm...btol2...10 malam terakhir ni patut kite ambik kesempatan sebaik2nyew...

Aizat Shafiq said...

@yebbit

malam semalam tak banyak bunga api...
tapi banyak mercun...
sampai pukul 3 pagi pun...
dumm..dummm...lagi...
huhuhu

Aizat Shafiq said...

@shee

tapi masih ramai yang tak sedar kelebihan malm terakhir...
tak pun saje buat2 tak tahu kan...
=)