August 4, 2010

Bekas Adun, Dato' Abdul Aziz Mohd Nor mati ditembak

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan pembantunya Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala ketika mereka dilaporkan dalam perjalanan di lebuh raya dekat Sungai Buloh hari ini.

KM455-7
Lebuhraya Plus
arah Utara
selepas Restoran Jejantas Sg Buloh
3 Ogos 2010
11 pagi

Kelihatan mayat Dato' Abdul Aziz Mohd Nor di  dalam kereta


Mayat pembantu peribadi Dato' Abdul Aziz Mohd Nor, Siti Rohani Issamat yang merupakan Naib Ketua Wanita UMNO Tanjung Karang




Difahamkan kereta dipandu Abdul Aziz , bekas wakil rakyat Umno-BN dari Selangor, dipercayai terlepas kawalan dan merempuh pembahagi lebuh raya di Kilometer 455 Lebuh Raya Utara Selatan, ke arah Rawang kira-kira 11 pagi tadi.Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira tujuh kilometer selepas kawasan rehat dan rawat Sungai Buloh.

Polis juga menemui sepucuk pistol .38 dalam kereta Toyota Caldina itu, dipercayai milik Abdul Aziz yang merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar.


-sumber

6 comments:

bspotgurl said...

Huh, ape yg berlaku ni?

Idalara said...

Innalillah...
tembak menembak ni dah mcm dalam filem je..amat menakutkan...manusia skrg jatuhkan hukuman ditangan sendiri.

MX said...

bspotgurl-

masih dalam siasatan polis...
tak pasti apa motif sebenarnya...

MX said...

idalara-

tu la pasal...
manusia zaman sekarang dah makin berani...
tak macam zaman dulu2...

aieda said...

al-Fatihah...
hope siasatan polis dpt merungkai smuanya..

MX said...

aieda-

sekarang nie semua masih dalam siasatan...
kita tunggu macam mana hasilnya nanti...