August 18, 2010

Cara nak buat horizontal tab | Part 1

Kali ni aku nak bagi sedikit cara-cara macam mana nak buat horizontal tab menu pada blog. Macam yang korang lihat pada blog ini. Tapi sebelum aku ceritakan lebih lanjut, kat sini aku nak jelaskan 2 jenis horizontal tab menu yang berlainan. Kalau korang gunakan blogspot sebagai hosting, ini bermakna korang tentu mudah untuk membuat tab menu. Iaitu dengan menggunakan Pages pada ruangan posting. Tapi apa yang kekurang pada pages ialah, ia merupakan pages yang static. Yang mana ia hanya boleh memaparkan 1 entry sahaja pada satu-satu masa. Ini berbeza dengan custom template yang terdapat pada blogspot. Kalau korang search kat Google.com untuk template blogger, akan terpapar pelbagai laman web mengenai custom template ni. Jadi korang perlu pilih salah satu template yang mengandungi horizontal tab sedia ada pada designnya macam yang aku guna sekarang. 

Untuk entry kali ni, aku cuma nak ceritakan macam mana kita nak buat Pages pada blog kita. Amat mudah, jom ikuti tutorial untuk membuat horizontal tab ni.


Mula-mula kita pergi ke Posting > Edit Page.


Kemudian klik pada New Pages. Di sini korang boleh tambah sehingga 10 pages. Tak kira la korang nak buat pages pasal apa.




Kemudian dalam ruangan New Pages,  korang dah boleh tulis apa yang korang nak tulis dalam ruangan pages tu. Tapi untuk pages ni, ruangannya terhad untuk satu post sahaja. Jadi korang kena pandai manipulate atau mengubah suai pages. Contohnya, korang letakkan satu gambar pada page tu, kemudian link ke mana-mana label. Jadi secara tak langsung, bila orang klik pada gambar tu nanti, akan terus di directkan ke label yang korang linkkan kepada gambar dalam pages tu.


Bila dah siap edit Pages tu. Boleh la klik publish. Nanti akan keluar satu arahan untuk korang kat mana korang nak letak pages tu? Sama ada kat sidebar atau blog tabs. Jadi kita pilih blog tab sebab kita nak buat horizontal menu.






Kemudian korang dah boleh view blog. Dan lihat pada horizontal tab akan terdapat tab pages yang kita buat tadi.






Aku harap tutorial ni sedikit sebanyak dapat membantu korang membuat Horizontal Tab pada blog. Nanti aku akan buat lagi entry pasal horizontal tab using template plak. Tunggu untuk post seterusnye ye.

2 comments:

Siti Nor 'Ain said...

awak,saye punye takde pun boleh pilih tab nak letak tepi or atas..cane?? :(

Aizat Shafiq said...

@siti nor 'ain

yang tu...
siti kene buat pages dulu...
nanti akan keluar tab tu nak letak katne...
=)