August 15, 2010

Dari Blogspot ke [dot]com | Pandangan anda diperlukan

Aku dalam proses nak tukar blog aku ke satu domain yang baru. Maknanya lepas ni aku dah tak pakai lagi .blogspot.com. Cuma buat masa sekarang, aku masih lagi keliru. Adakah patut atau aku perlu kekalkan dengan alamat blog aku yang berdomainkan free dari blogspot ni? Ataupun aku invest sedikit untuk mendapatkan domain baru yang ada [dot]com.


Menukar domain kepada [dot]com dikatakan dapat memberi banyak faedah kepada seorang blogger. Cuma sekarang ni aku masih lagi keliru. Jika aku tukar satu domain free kepada satu domain yang berbayar, apa yang akan jadi pada page rank? apa yang akan jadi pada Nuffnang? tu yang menjadi persoalan aku sekarang. Domain blogspot pun ada juga yang masih gah lagi berada dalam dunia blogger. Jadi aku pun rasa keliru juga sama ada aku perlu atau tidak untuk tukar dari blogspot atau tidak?

Dalam dunia bloggers ni aku dah lihat ramai yang menggunakan domain [dot]com yang mana lebih mesra SEO. Macam yang kita tahu SEO ni dapat digunakan untuk menarik trafik ke blog kita. Dan pengaruh SEO ni memberi impak yang besar dalam blog. Dah banyak penjelasan mengenai SEO dan domain [dot]com diperkatakan oleh blogger-blogger otai seperti ariffshah.com dan juga melromeo.com. Cuma sekarang ni aku masih ingin tahu tentang penghijrahan dari domain blogspot ke domain [dot]com. 

Kepada mereka-mereka yang telah pun menjalani penghijrahan ini. Aku perlukan pandangan dan nasihat dari anda. Tinggalkan komen untuk memberi aku lebih jelas tentang perpindahan domain ni. Aku perlukan bantuan dari anda semua

12 comments:

Ery Farieha said...

Nak komen boleh?
kalau u siyes blogging mcm ariff n mel, knp x try je tuka domain?
pasal pr mmg akan jatuh ke 0 tp kalau seo tngi,sng je nak naik balek. Utk nuff plak xde efek rasanya.
Wah i ckp beria pdhal blogspot lagi.haha blog i x berbaloi gune dotcom sbb byk entry merepek je.haha
Kte tunggu jwpn blogger otai.hee

MX said...

@Ery Farieha

Boleh je...Komen la...jangan segan2...hehehe...
Mel dah hantar tweet jgk td..
dye ckap yang bila dah tukar domain pagerank dengan alexa memang ade effect..yang lain takde la plak..
hehehe...ape salahnye kalau u try nak tukar kepada dotcom jugak...boleh jd serius jgk nanti...hehehe

DaHLia said...

ranking mmg akan berubah aaa..
tapi lebih mudah dn nampak pro :)

encikbeliau said...

kalau domain baru , mestilah alexa ranking berada di kedudukan juta2 ... begitu juga dengan pagerank.., blog baru sudah tentu PR 0 ...

MX said...

@Dahlia

ooo...ye ke..
yang lain tak effect la ye?...
macam Nuffnang ke?

MX said...

@encikbeliau

ooo...
thanks for the info...
=)

ZACK ENTRY said...

dua-dua ada kelegihan masing-masing antara blogspot atau domain sendiri..yang penting isi blog tersebut..

kalau serius berblogging(selalu update), ok je la kot..kalau hanya seminggu berapa kali je update, better guna blogspot jer..

blog ariff dah memang top, memang layak guna dot com dah..tengok blog zack zhuhairi, walaupun dah top dalam dunia blogging masih lagi guna blogspot..


yang penting isi blog tersebut..papepon hak masing2 kan..selamat berpuasa..=)



latest entry Main Bowling Di Bulan Puasa

NK said...

dah ade domain bru nanti, boleh je redirect yg blogspot ni ke domain baru tu.

semua post boleh transfer,


malah, kalau beli domain sahaja dan letak pada blogspot pn boleh, so kekal di blogspot, tapi nama lain.

jangan risau tentant pr dan alexa rank, tak ambil masa yg lama pn untuk sampai ke rank yg sekarang.

Anak Perak said...

Nuffnang langsung tidak bermasalah kalu tukar domain.juz update address blog tu.

Pasal rangking2 tu memang jatuh.tp aku rasa x der masalah utk dpt balik coz ko juz tukar domain bkn hosting.jd pelawat yg ade x sesat utk ke blog ko

MX said...

@Zack

thanks for the opinions...
bagus juga tu...
tapi bila dah pakai dotcom ni lagi mesra SEO..
secara tak langsung senang nak dapat traffic...
kan tu penting untuk seorang blogger...
betul tak?...

MX said...

@NK

ooo...
maknanya yang lain tak banyak berubah ye...
cuma ranking dan pagerank je yang berubah ye...

MX said...

@anak perak

ooo...
ok2...
rasanya tak banyak masalah la kalau tukar kepada domain biasa ye...
thanks for the info...