August 23, 2010

Duduk kat Malaysia ni tak boleh nak kaya | Pendapat anda?


Aku pergi ke Parkson dekat Kota Bharu Trade Center. Tempat yang aku selalu pergi bila ke shopping complex tak lain dan tak bukan tempat jual barang-barang mainan. Teringat balik time aku main mainan dulu, time tu harga mainan ni murah je. Takde la sampai RM 30++. Aku dulu banyak sangat collection lego. Dulu tak sampai RM 10 pun sekotak. Sekarang kalau nak dapat lego sekotak je dah makan RM20++. Terlalu banyak perbezaan antara dulu dan sekarang. 



Aku ikut adik aku yang 4 tahun tu tengok barang mainan. Aku tengok la kat ssatu rack ni, yang mana kat situ semua barang budak-budak.  Jadi benda yang amat simple. Harga barang mainan tu RM 109. Wooo. Memang mahal. Kalau diikutkan, adakah disebabkan mainan tu berjenama jadi mahal? Ataupun cukai di Malaysia ni terlampau tinggi walaupun untuk barang permainan kanak-kanak?

Bila kita try untuk search barang tu dalam pasaran antarabangsa, contohnya Ebay. Harga barang tu tak lah semahal tu jika dibandingkan dengan harga yamg begitu tinggi. Aku ambik contoh macam pinggan yang mak aku baru beli 2,3 hari lepas. jenama Correlle. Aku cuba search kat laman web correlle US, harga pinggan tu dekat US baru $29.99 USD. Kalau kita convert dengan nilai duit USD sekarang baru dalam RM 90++. Bila dah sampai kat Malaysia ni, harga pinggan tu secara tak langsung dah naik sampai RM 500++. Tak ke lebih 5 kali ganda dari harga asal? Maknanya cukai  dan segala macam benda lain mengambil cukai sebanyak RM 400. Adakah ini dikatakan terlalu melampau?

Kalau kita fikir balik,  duduk kat Malaysia ni tak boleh nak kaya la ye? Tu baru sebut pasal barang mainan. Kalau sebut pula pasal barang makan, ehemm..ehemmm...Aku tak nak cerita lebih. Sebab korang sendiri pun tahu. Asal nak raya je mesti ada yang naik. Asal masuk tahun baru je mesti ada yang naik. Tak perlu nak cerita panjang-panjang. 

PM kita selalu cakap yang pertumbuhan ekonomi dalam negara meningkat. Adakah ini juga menyebabkan harga barang perlu meningkat? Sebelum ni pernah kita dengar pasal, orang kaya semakin kaya dan orang miskin semakin miskin. Aku tak nak hurai panjang-panjang sebab aku tahu, pembaca blog ni semuanya pandai-pandai. Jadi, tepuk dada tanyalah selera ye.

4 comments:

SyAmSuL AnUaR said...

skrg ni duk malaysia susah nk kaye.. org yg bergaji RM3000 dkira paras miskin...brg naik ckt, harga brg naik 2 kali ganda..

Saya Suka Cara Kamu Berfikir

MX said...

@syamsul anuar

betul tu...
orang yang kaya semakin kaya...
orang miskin semakin miskin...
hmmmm....

ザ-sylver-shooter said...

nak kaya kene masuk politik la kot..

MX said...

@sylver shooter

yg tu aku setuju...
=)