August 18, 2010

Jam Makkah | Satu Pencapaian Umat Islam

1 Ramadhan yang lalu, sebuah jam gergasi di Makkah telah pun bermula berdetik. Dengan adanya jam Makkah ni, kita cuba untuk mencipta satu standard masa yang baru bagi menggantikan GMT. JAm yang telah direka oleh German Premiere Composite berdiri di atas sebuah bangunan pencakar langit yang jaraknya hanya 50 meter dari Masjidil Haram. Jam ini telah dibina untuk menjadi salah satu bangunan tertinggi dunia dan kini berada di ranking kedua di bawa Burj al-Khalifa di Dubai.


Jam ini dipercayai dibina dengan ketinggian 380 meter dan boleh dilihat sejauh 17 km pada waktu malam dan 11-12 km pada waktu siang. Kalimah Allah telah diletakkan pada keepat-empat muka jam. Mecca Clock Royal Tower yang setinggi 577 meter ni turut digunakan sebagai Lunar Observation Centre, mempunyai Muzium Islam selain memiliki hotel mewah 76 tingkat. 

Antara gambar-gambar pembinaan Menara Jam Makkah.


Antara ilustrasi bangunan ini 



Adakah ini boleh menyatukan umat Islam yang semakin berpecah-belah? Apabila kita sebagai umat Islam telah dapat mencapai satu pencapaian yang hebat? Fikir-fikirkan 

4 comments:

xazryx said...

tggi ny .hehe .

MX said...

@xazryx

betul tu...
dan sekarang ni bangunan tertinggi di dunia ni milik orang Islam...
tu la pencapaian orang Islam pada masa sekarang...

akmafaizal said...

bukankah itu tanda2 hari kiamat sudah dekat? semakin banyak bangunan tinggi didirikan...wallahualam..

MX said...

@akmafaizal

betul tu...
antara-antara tanda kiamat ialah...
bnyak bangunan pencakar langit didirikan...
tapi ni juga boleh dijadikan satu kebangkitan kepada umat Islam...