August 11, 2010

Kes Pembunuhan Dato' Abdul Aziz Mohd Nor | Gambar Terkini !

Ini merupakan gambar terkini yang kes kematian bekas ADUN Dato' Abdul Aziz Mohd Nor. Aku dapat gambar ni ketika melawat laman web sedakasejahtera.






Kematian misteri bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor dan bekas pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat dengan kesan tembakan di kepala, minggu lalu, diklasifikasikan sebagai bunuh dan bunuh diri. 


Sehubungan itu, polis menyifatkan siasatan kes itu selesai dan sedang mengemas kini kertas siasatan untuk dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata keputusan itu dibuat selepas polis menyoal siasat lebih 15 orang, termasuk saksi dan ahli keluarga kedua-dua mangsa.

Hasil siasatan dan keterangan saksi menjurus kepada bunuh dan bunuh diri. Berikutan itu, kita anggap siasatan kes itu selesai, katanya tanpa enggan mengulas siapa yang melakukan pembunuhan dan siapa yang membunuh diri. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran dan Perasmian Sistem Anti-Hijack di sini, semalam. 

Mayat Abdul Aziz dan Siti Rohana ditemui di tempat duduk bahagian depan Toyota Caldina milik wanita itu selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 455.7 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh dekat sini, kira-kira jam 11 pagi, 3 Ogos lalu. 

Abdul Aziz yang memandu kereta itu ditemui dengan satu kesan tembakan di bahagian kanan kepala, manakala Siti Rohana ada dua kesan tembakan iaitu di rusuk dan kepala bahagian kanan. Polis turut menemui sepucuk revolver .38 yang masih berisi dua peluru kepunyaan Abdul Aziz di celah tempat duduk pemandu. 

Abdul Aziz adalah ahli jawatankuasa Umno Bahagian Tanjung Karang manakala Siti Rohana adalah Naib Ketua Wanita Umno bahagian itu. Ketika kejadian, mereka dipercayai dalam perjalanan ke Tanjong Karang untuk menghadiri satu program rasmi Umno. 

Ditanya motif pembunuhan dan bunuh diri itu, Khalid menjawab: Polis sudah mengenal pasti motif kejadian itu, namun tidak menjadi keperluan untuk dihebahkan kepada umum kerana ia hanya membabitkan kedua-dua mangsa. 

Tiada suspek atau individu mahupun orang ketiga terbabit dalam kejadian itu. 

Berikutan itu, Khalid meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi mengenai kes berkenaan. 

Beliau berkata, kertas siasatan itu akan dihantar kepada timbalan pendakwa raya dalam tempoh terdekat, untuk memutuskan tindakan susulan.



p/s: Semoga roh arwah kedua-duanya dicucuri rahmat. Kepada keluarg arwah diharap bersabar tentang apa yang berlaku. Sempena bulan Ramadhan ni kita doakan agar roh kedua-duanya ditempatkan dikalangan orangorang yang beriman.

14 comments:

diraja22 said...

ajal dan pertemuan ketentuan illahi..

MX said...

@diraja22

betul tu...
diharap kes ni di tutup dengan segera...

Eza Rashid said...

orng yg educated pown jd cmnie,,,hish,,,,hm,,,kat sni,,,tggal kan jejak..

MX said...

@Eza Rashid

sekarang ni macam-macam boleh jadi...
tak kira la sape2 pun...
huhuhu

cengkerangcipot said...

macam xcaye je xde org laen yg terlibat kn..

MX said...

@cengkerangcipot

betul2...
tapi tak mustahil jugak kalau diorang berdua je...
betul tak?...

apih el nino said...

paper ada cakap diorang scandal tu betol ke?

afzainizam said...

♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*♥♥*¸.•'´¯)¸.•' ´¯)♥
♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸**¸.•'´¯)¸.•'´ ¯)♥♥
----==--Ramadan Mubarak---==----
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥♥♥*`'•.¸_)`'• .¸_)
♥(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥*`'•.¸_)`'•. ¸_)♥
Salam ramadan Al Mubarak..
buat pembaca blog kami
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Ramadan bulan yg mulia..
Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.
Kesempatan ini memohon maaf atas lama tak ziarah blog anda..

MX said...

@apih el nino

Allahualam...
tak tau la tu...
kadang semua tu spekulasi je...

MX said...

@afzainizam

slam ramadhan dari saya juga...
=)

Sharinginfoz said...

bagus dah close......

Contest: Blogger

MX said...

@sharinginfoz

betul tu...
tutup la cerita pasal case ni...
semoga aman arwah tu nanti...
=)

s h e e said...

hurm...suspicious...ni mesti salah satu mainan politik...hehe...ye ye jew...

MX said...

@shee

btol jgk...
tapi semua tu dah disimpulkan oleh pihak polis...
kes bunuh,bunuh diri...
huhuhu