August 16, 2010

Khasiat Kacang Soya | Minuman Bulan Ramadhan

Bulan-bulan puasa ni mesti kita suka pergi bazar Ramadan kan. Nak cari juadah untuk berbuka disamping berjalan-jalan cuci mata sebelum berbuka. hehehehe. Kali ni aku nak cerita pasal khasiat air soya. Air soya ni dah menjadi satu kemestian di bazar Ramadhan. Tak kira kat mana-mana pun pasti ada jual air soya. Tapi kita tahu tak akan khasiat sebenar kacang soya?




Antara kebaikan Soya:

  • Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan murah daripada daging, susu dan telur.
  • Mengandungi 50 peratus protein bagi setiap 100 gm kacang soya, merupakan dua kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan tiga kali lebih daripada telur.
  • Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, magnesium, zat besi dan fosforus.
  • Kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lacithin.
  • Ia boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
  • Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.
  • Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untu membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.
  • Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.
Jadi lepas aku dah tulis tentang khasiat-khasiat kacang soya aku nak promosi la sikit. Kepada blogger-blogger kat Kelantan ni. Kalau nak rasa, Air Soya 95% pure, boleh la singgah kat gerai aku. Aku tak jual kat bazar Ramadhan. Tapi dekat-dekat je kat rumah aku. Kat bawah ni aku bagi map. Kalau lalu-lalu ke kat Jalan Bayam boleh la singgah-singgah ye.


Gerai aku berdepan dengan Pusat Ukir Kayu. Aku dah tanda merah dekat map tu. Kalau rasa nak rasa air soya yang 95% pure homemade punya. Jemputlah singgah ye. Promote ni. HEHEHE

2 comments:

r-mean said...

sy suka soya..hehe

MX said...

@r-mean

saya pun...
=)