August 16, 2010

Kurma "Made in Israel" | Waspada

Sebelum ni aku pernah terbitkan satu entry mengenai Hadith Palsu Fadhilat Terawikh yang menyebabkan ramai yang telah tertipu dengan hadith sehingga la JAIS mengeluarkan kenyataan bahawa Hadith tu palsu. Kali ni, kurma pula dikatakan tipu dan kurma yang diberi nama Jordan River ni bukanlah merupakan kurma yang memang datangnya dari Jordan tetapi kurma ini dihasilkan dari Israel. Jadi ini merupakan satu penipuan yang telah dilakukan oleh rejim Israel.






Kalau tengok kat gambar diatas ni, aku tak pernah nampak lagi di mana-mana pasaraya. Jadi kepada siapa-siapa yang pernah ternampak atau terjumpa akan kurma yang berjenama Jordan River ni diharap boleh hebohkan tentang perkara ni. Kalau dulu, baju berjenama Israel dah pun masuk ke pasaraya di negara kita tak mustahil kurma ni pun boleh masuk dalam negara kita. Cuma sekarang apa yang perlu kita lakukan adalah berhati-hati ketika membeli-belah. Sebab apa yang aku tahu mengenai penjualan kurma ni akan terus masuk kedalam tabung Yahudi, sekali gus dianggap sebagai sponsor kepada rejim Zionis.

Jadi berwaspadalah ketika membeli ye..

2 comments:

diraja22 said...

sama2 lah hati2 n sampai menyampaikan..

MX said...

@diraja22

betul tu..
jangan birkan kita tertipu...