August 23, 2010

Mayat melambung akibat Mercun


Dalam menyambut kemeriahan kita menyambut puasa. Ada mereka kehilangan sanak saudara. Ramai yang menyambut kemeriahan sambutan hari raya dengan mercun pasti ada sahaja kes yang mengenai mercun. Banyak mercun yang diseludup dari negara jiran. Negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand amat mudah untuk mendapat benda-benda macam ni.  Walaupun dalam kita baru berpuasa dalam 2 minggu, sudah dengar kebabooomm sana-sana sini. Menyampah juga bila mereka yang tak reti bahasa bermain mercun berdekatan dengan rumah.


Kalau korang tengok news hari ni. Ada satu kes di Terengganu. Bila melibatkan kematian anak kecil, bila sebuah rumah usang yang dijadikan stor penyimpanan pelbagai jenis mercun yang akan dijual menjelang musim perayaan nanti. Kejadian yang berlaku, rumah usang Kampung Makam Lama, Chabang Tiga, Terengganu berlaku pada pukul 12.30 tengah hari. Kejadian yang mengorbankan seorang kanak-kanak, 6, dan dua lagi lelaki cedera parah.


Apa yang lebih menyayatkan hati, mangsa kanak-kanak, Khairul Ariff Ayub yang maut di tempat kejadian melambung setinggi kirakira 15 meter sebelum badannya berkecai dan tersangkut di dahan pokok. Bahagian hadapan rumah termasuk tangga  konkrit rumah itu berkecai akibat letupan yang dipercayai berpunca daripada sejumlah mercun yang disimpan dalam rumah. Turut rosak dalam kejadian tersebut ialah 2 buah motosikal.

SUMBER

4 comments:

Miss Izah Mohamed said...

haish... ape laa yg disimpan mercun tu.. kan xpasal2 org len yg berkecai badan.. hurm

MX said...

@Miss Izah

mercun untuk stok raya...
tak pasal2 anak sendiri yang terkorban..
harap ni diambil pengajaran kepada yang lain...betul tak?
=)

kata kila said...

omo.takut seyh

MX said...

@kila

moral of the story...
jangan main mercun ye...
=)