August 20, 2010

Pertama kali singgah di Bazar Ramadan tahun 2010

Pertama kali aku berkunjung ke Bazar Ramadan Stadium Sultan Mohammad ke-IV. Dah nak masuk hari ke sepuluh baru la aku membawa diri ke pasar Ramadan. Bila aku sampai kat situ, macam biasa la kalau dalam pukul 6 lebih tu dah start nak sesak-sesak. Time ni la orang sibuk nak mencari makanan untuk berbuka puasa. Aku cari juga kedai joegrimjow tak pula aku jumpa sebab kalau tak silap aku gerai no.48. Tengok kat gerai no.48 tak ada  pun orang menjual. Cuti kot.

Bila dah sampai kat Bazar Ramadan, aku dah tak tahu nak beli apa. Banyak sangat. Jadi rambang mata. Tapi apa yang aku ambil kisah pasal kebersihan. Kebetulan pula semalam baru lepas hujan, jadi keadaan dekat Bazar Ramadan tu agak basah secara tak langsung lalat pun banyak la. Banyak juga makanan yang terdedah dengan lalat. Jadi aku tengok makanan tu tak berselera sangat la. Pihak urusetia kat situ pun dah tampal notis pesanan kepada peniaga. Tetapi macam tak diendahkan sangat la.

Jalan punya jalan, aku dah tak tahu nak beli apa. Last-last aku stop dekat satu gerai ayam madu bakar.Memang sedap. Maklum la bila puasa semuanya sedap.Nak tahu sedap ke tak, korang tengok la gambar kat bawah ni. Aku pun beli la 4 ketul. Total semua sekali RM 6.00. Kalau ikut harga ayam kat pasaran pun dah RM6++ sekilo. Aku dapat 4 ketul je. Tapi tak apa la. Nak try ayam bakar ni sedap ke tak.

Balik-balik je umah, dah ada pula nasi butter dengan ayam. Jadi ayam sampingan je. Bila dah rasa ayam ni, isi tak berapa nak masak. Lepas tu, dari luaran je nampak memikat. Bila dimakan, rasa tawar sangat. Mungkin ayam ni tak diperap lama kot. Sebab tu tak rasa sampai ke isi. Tapi disebabkan bulan Puasa. Banyakkan bersabar ye. 

Menu lagi satu untuk makanan sampingan adalah murtabak raja. Aku rasa korang mesti tahu pasal murtabak raja ni. Sebab TV3 melalui rancangan Majalah Tiga pernah buat dokumentari pasal Murtabak Raja ni. Memang tebal. Padat dengan isi. Tapi harga pun, mesti la tebal juga duitnya. RM 12++ ,tapi bila makan terasa menjilat jari. Nak tahu lebih info pasal Murtabak Raja ni boleh klik kat website diorang murtabakraja.com.


p/s : Kat Kelantan ni banyak makanan tradisi, cuma aku je tak kenal. Jadi tak boleh nak review lebih-lebih. Hehehe..

12 comments:

hazman aka species1980 said...

tapi kan... rasanya makanan kat kelantan nie masih murah2 kan...compare ngan lembah klang...

kisahsensasi said...

murtabak raja nie memang besh.... saya sorang boleh abiskan sekeping tue... lepas tue tersandar kekenyangan.... hohoho

MX said...

@hazman

memang pun...
kat sini nasi sebungkus dengan ayam pun masih boleh dapat lagi dengan RM2...
kalau kat lembah kelang...alamatnya RM 4-5 ringgit la...

MX said...

@kisahsensasi

ye ke...
tebal jugak tu...
kalau MX...ambik mase jgk tu...
hehehe

Ery Farieha said...

kali ni da 4x rasenye ke bazar
2x dgn mak
2x dgn kawan
hoho

MX said...

@Ery Farieha

pengunjung setia bazar Ramadan la ni ye..
tak suke sgt nak pegi...
sebab tak tahu nak bli ape...
hehehe

YobSumo said...

ayam nampak mengiurkan!

sizuka[Izzati] said...

huuuuu rindu nk pegi bazar ramadhan*sob*.errr xmasak?sabar aje lah.kalo bkn bulan puasa dh pegi mintak tukar dah.ok mcm mlampau dkt situ:P

MX said...

@YobSumo

hehehe...
rupa menggiurkan...
rasa belum tentu...
=)

MX said...

@sizuka

kalau nak tukar balik pun tak sempat jugak da...
redha je la...
nak wat cmne kn...
huhuhu

akuzle said...

joe ader bukak gerai gaks eks? maybe dier dh terbang bukak gerai kt ukm plaks kots?... bulan2 posa neh mmg org x penah niaga ramai dr peniaga yg biasa so mknan pon rasa ala kadar ajerlaaa... btui, yg pntg kebersihan

MX said...

@akuzle

ade kak...
hari tu die promote...
tpi time pergi 2 hari lepas...tkde plak terjumpe...cuti kot...
hehehe...
kebersihan paling penting kalau penyediaan makanan...tu sy stuju...
=)