August 10, 2010

Petua nak asingkan semut dari gula

Pagi-pagi Selasa ni aku nak share satu Petua dari orang-orang zaman dulu. Ni pun aku baru tahu dari mak aku pasal petua ni...sebelum aku cerita lebih lanjut aku nak tanya korang semua. Tahu tak macam mana nak asingkan semut dari gula?. Yela kan bila semut dah masuk dalam balang gula korang? Biasanya orang akan buang je gula tu...sebab biasanya memang susah nak asingkan semut dari gula...Ataupun korang ada petua lain?...


Hari ni aku nak cerita macam mana cara nak asingkan semut dari gula...Langkah-langkah nak asingkan semut dari gula seperti di bawah:

  • Kita lembapkan tisu dengan minyak. Jangan lembapkan sampai berair-air. Sekadar lembapkan je tisu tu. Kalau berair nanti rosakkan pula gula tu.
  • Lepas tu, letakkan gula dalam balang atau bekas gula yang penuh dengan semut tu. Macam dalam gambar kat atas tu.

  • Last sekali, kita tunggu sampai semut tu dah lari menjauhi tisu berminyak tu, sebab semut-semut tu akan berkumpul satu tempat. Jadi senang nak buang semut tu. Tengok gambar first tu, bila dah ada tisu lembap dengan minyak semut tu terus berkumpul menjauhi tisu. Time ni la korang senang nak buang semut dari gula.
Ni petua aku yang aku dapat dari mak aku. Korang ada petua lain tak?..Kalau ada kongsi-kongsikan la. Boleh kita berkongsi-kongsi petua orang zaman dulu-dulu. Maklum la, petua-petua ni semakin lama semakin hilang kan? Apa salahnya kalau kita berkongsi-kongsi. =)


18 comments:

Hariz said...

Wahh sangat berguna thanks :)

New Entry Prof-Hariz
Video Lafaz Niat Puasa dan Berbuka Puasa

nabilah abd rahman said...

wah..bagus petua ni...selama kalau nak asing kan semut dari gula,just ketuk balang tu perlahan2..bila semut muncul,buangla smeut tu...

MX said...

@nabilah abd rahman-

macam tu boleh juga...
tapi bukan semua yang semut tu lari tau...
dengan cara ni bila semut dah berkumpul...senang sikit nak buang...
cuba la...
menjadi tau..
=)

Halen said...

bagus..bagus.. rumah ahkak byk btol semut ishhh. tp xde la duk dlm gula.

ni ada 1 petua lg.. letakkan cili kering 3 4 tangkai dlm balang gula tu. insyallah semua tu lari kot. tp jgn ramas2 plk nnt pedas gula tu hehe

ni x silap baca kt majalah tp x pernah buat lg hehe

MX said...

@Halen-

hehehe..
kalau tak silap yang cili kering tu untuk beras pun elok juga...
nak elakkan dari ada serangga2 kecil tu dalam beras...
sekadar letakkan je...
kalau diramas2...memang pedas nanti...
hehehe...

Aku Skema said...

cayalah..x bleh dah la semut bermaharajalela lepas ni..yesssss

Ery Farieha said...

ohhh
gitu
eish
geli je tengok semut2 tu berkumpul

MX said...

@aku skema-

hehehe...
kesian la nasib si semut2 ni ye...
=)

MX said...

@ery-

hehehe...
jangan geli2 ye...
nanti nak buang semut2 tu macam mane...
=)

touya said...

letak jer racun dalam bekas gula , bagi semut mati.

MX said...

@touya-

sanggup ke nak makan gula yang ade racun?...
nanti kita pulak yang jadi macam semut...
terkojol...
hehehe

kulop ludin said...

menarik tips nie..
thanks for sharing...

CikLilyPutih said...

bagus jugak petua nie ek

MX said...

@kulop ludin

same2..
=)

MX said...

@ciklilyputih

btol2...
sebab tu dikongsikan...
=)

nadiah said...

bagus petua ni,kena cuba...
kalau my mom jemur gula tu kat tempat panas,nnti semut2 tu lari x tahan...

MX said...

@nadiah

try la nanti...
mesti jadi punye...
hehehe

MX said...

@Hariz

thanks...
berkongsi-kongsi bersama rakan-rakan...
=)