August 20, 2010

Raja Azmi ditahan polis


Raja Azmi ditahan polis selepas membuat laporan di balai polis. Ketua Polis Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata Raja Azmi telah datang ke balai polis tersebut kira-kira pukul 4 petang bersama seorang rakannya sebelum polis bertindak untuk menahan beliau setelah mendapati namanya tersenarai dalam senarai dikehendaki polis. Raja Azmi, 51, ditahan kira-kira 4.50 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya selepas membuat laporan polis mengenai penceraian pemain badminton negara Roslin Hashim.

"Pihak polis telah beberapa kali mencari beliau di rumahnya di Hulu Kelang berhubung kegagalan beliau menghadiri kes perbicaraannya, malah hari ini 2 kali iaitu kira-kira pukul 1 petang dan 2 petang, namun tetap tidak berhasil menemuinya."
"Ketika kami tiba dirumahnya tadi, kami percaya beliau berada di rumah namun tiada siapa yang membuka pintu. Justeru itu, apabila beliau hadir ke balai selepas membuat laporan polis, kami terpaksa menahannya."

Beliau berkata Raja Azmi kini ditahan di lokap wanita Balai Polis Pandan Indah dan esok akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang), Jalan Duta pada pukul 8.30 pagi. 21 Julai lalu, Raja Azmi yang merupakan isteri kepada bekas jaguh badminton negara Jalani Sidek tidak menghadirkan diri di mahkamah yang sama dipercayai berhubung kes sivilnya melibatkan muflis pada 1991.

14 comments:

saya_arief said...

macam2 sekarang ni.

CintaNajihah said...

xabis2 minah nih~

miszTERRA_SF_ said...

sepandai2 tupai melompat akhirnya jtuh ke tanak gak kn :)

MX said...

@saya_arief

tu la pasal...
bulan-bulan puase pun ade macam-macam hal...

MX said...

@cintaNajihah

tu la...
nampak gayanya tak serik2...
hmmmm

MX said...

@miszTerra_SF

betul tu...
nak menyorok macam mana pun tak boleh juga...
tapi apa-apa pun kita biar pihak polis buat siasatan dulu...

nabilah abd rahman said...

best agaknya masuk paper macam ni...ish2...

Aidi-Safuan said...

dier nak pegi buat laporan polis, dier plak yang kena tahan. xleh blah... :P

L.O.V.E said...

ishhh3....suami dye x dak respon pape ka?????plex tol...haishh...nie la tnda2 kiamat....huhuhuhu...

MX said...

@Nabilah

hahaha...
mcam tak ada cara lain la nak masuk paper ye...

MX said...

@aidi-safuan

tu la pasal...
sebelum ni nak lari dari polis...
last2 dye plak yang pegi jumpe polis...
hehehe

MX said...

@Love

betul jugak...
tak dengar pape pun...
=)

KuNanGKuNanG said...

mcm2 kan dia ni..dr kontoversi filem dia sampai la kes yg melibatkan diri dia sendiri.

MX said...

@KunangKunang

tu la...
maube nak cari publisiti kot...
tapi kan?...
tak sesuai dengan umur la plak...
hmmm...macam-macam...