August 30, 2010

Ranking Alexa selepas 2 minggu tukar domain

Hari ni genap 2 minggu aku bertukar kepada domain aizatshafiq.com. Kalau dulu aku menggunakan domain free oleh blogger apieceofaword.blogspot.com. Lama juga aku guna domain free dari blogger, kalau tak silap aku bulan depan masuk 2 tahun. Sebab aku mula aktif blog sejak 2008. Tapi kalau tengok profile aku, aku dah jadi blogger since 2005. Cuma masa tu aku hanya berdaftar dengan blogger.

Bila dah bertukar domain baru, banyak yang terpaksa bermula kembali. Contoh macam ranking alexa.com, yang tu connfirm-confirm dah jatuh. Yang tu sudah semestinya. Satu lagi yang berubah apabila kita bertukar kepada domain baru ialah PageRank. Kalau korang nak check PageRank korang boleh pergi dekat PageRank checker. Kat situ korang boleh tahu korang punya pagerank. Kalau dulu blog berdomain free apieceofaword.blogspot.com dah pun mencapai pagerank 2. Tapi bila dah tukar domain ni. Kembali kepada 0. Tu la yang dialami bila bertukar domain.

Kepada blogger-blogger baru yang teringin untuk berblog menggunakan domain sendiri, boleh lah membeli domain cepat-cepat. Sebab kalau bermula dari dulu lagi. Mesti tak payah nak mengejar kembali PR tu. Dalam masa 2 minggu je ranking alexa aku dah pun mencapai 5,378 dalam Malaysia. Masih cukup jauh nak dapatkan ranking bawah 1,000. Maklum la kat Malaysia ni ramai blogger yang hebat-hebat. Jadi kena lah berguru dengan diorang.


PageRank update oleh Google mengambil satu masa yang lama. Jadi kita kenalah maintainkan blog kita. So, that bila Google PR ni update. Blog kita akan terserlah. Macam blog Kak Jie dan Ariffshah je sekarang ni dah PR3. Bukan senang nak dapat PR tinggi tau. Bila dah dapat PR yang tinggi, blog kita makin senang la mesra dengan SEO. Nak tahu apa itu SEO boleh klik entry pasal SEO ni. 

Banyak lagi tips-tips pasal PR ni. Boleh lah refer pada blogger-blogger otai kita ye.

4 comments:

Kujie said...

salam

macam contoh yang salah je....blog kak jie cuma PR 3, ada blog bahasa melayu lain ber PR4

mereka lagi hebat untuk dijadikan contoh.

apa pun... tiap org ada matlamat tersendiri untuk apa menulis blog, tujuan dia mungkin tak sama dengan tujuan kita jadi - keutamaan masing2 tak sama jadi ranking ini hanyalah satu bentuk pencapaian peribadi yang juga akan dipandang berbeza dari sudut apa kita menilainya.

x-po said...

teruskan usaha ye bro, caiyok2 :)

Orang Sudah Tidak Suka, Tidak Perlu Terhegeh-hegeh Lagi

Aizat Shafiq said...

@Kujie

hehehe...
selalu ikut blog kak jie...
tak perasan pulak blog yg PR 4..
tapi apa-apa pun memang jadikan blog kak jie sebagai contoh...
thanks nasihat dan pandangan kak jie...
=)

Aizat Shafiq said...

@xpo

thanks bro...
=)