August 15, 2010

Salleh Gregor Samsa | Hina institusi beragama

Dalam bulan puasa yang penuh keberkatan ni, masih ada mereka-mereka yang ingin timbulkan kontroversi. Sekarang alam may kita digegarkan dengan Salleh Gregor Samsa yang mengeluarkan kata-kat kurang ajarnya kepada semua umat Islam yang mampu menimbulkan satu kemarahan. Walaupun kita tahu yang dia ni seorang Islam pada nama. 


Untuk lebih jelas boleh klik pada gambar tu. Baru-baru ni Joegrimjoe pun dah bagi pendapat beliau, boleh tengok entrynya yang bertajuk Tazkirah Ramadhan : Salleh Gregor Samsa. Sekarang aku pula nak bagi pendapat aku.  Pendapat aku terhadap Salleh Gregor Samsa yang amat kurang ajar ni. Kalau kita try search kat Facebook.com pun dah takde dah facebook si mamat   Salleh ni. Dah buang kot. Sebab kenyataan beliau ni ternyata membuatkan orang marah.

Aku tahu, bukan dia sahaja yang tak puasa. Masih ramai lagi umat Islam yang lari dari rukun Islam ke 3 ni. Kita je yang tak perasan. Tapi mungkin tindakan yang telah dilakukan oleh Salleh Gregor Samsa ni memang boleh buat orang marah. Memang tak sepatutnya dia mengeluarkan satu statement yang macam tu. Aku faham yang dia ni hanya Islam pada nama. Tak pernah rasa bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam. 

Entah la, aku pun tak faham orang-orang yang jenis macam ni. Macam mana diorang boleh fikir macam tu. Adakah ini salah ibu bapa? Kerana tak memberi tunjuk ajar agama? ataupun dia ni memang dah bebal sangat sampai boleh buat kenyataan camtu? Bukan niat aku nak mengata. Cuma bagi pengajaran je dekat en.Salleh ni. Faham-faham la sikit sentiviti agama. Kalau diikutkan boleh masuk ISA. Sebab dah menganggu institusi beragama dengan mencaci atau mencerca agama Islam. 

Jadi kepada en. Salleh, diharap boleh keluarkan kenyataan mintak maaf la kepada semua. Sebab ni dah banyak pun menimbulkan kemarahan. Kepada mereka yang mengenali en. Salleh Gregor Samsa ni diharapkan mengingat-ingatkan dia yang semakin hari semakin terpesong ni. Aku doakan agar, dia kembali ke jalan yang benar.

6 comments:

MOFASAD said...

macam2~

MX said...

@Mofasad

dunia zaman sekarang...
tu la lumrah kehidupan...

Nur said...

salam
apa salahnya kan
untuk kepuasan kita
yang penting it tidaklah membazir
kerana berblog ini banyak perkara
kita blh kongsikan kepada semua..
asalkan tidak memburukkan..

blh kasi tahu tak mcm mana nak
dapat domain yang RM35 hinggit tuh.
almaklumlah aku ni buta computer. huhuhuhu

akuzle said...

susah kalo yg Islam berfikiran Atheis neh...

MX said...

@Nur

ooo...
nak dapat domain tu ke...
bleh klik kat iklan NetKL kat sidebar..
senang je..
ataupun boleh refer dekat link ni...

http://www.kuehtart.com/blogosphere-kaedah-membeli-domain-bagi-menukarkan-blogspot-kepada-com-2/

MX said...

@akuzle

betol2...
dah jadi sesat dah macam tu...
doakan lah dia kembali ke pangkal jalan...