August 14, 2010

Video Tragedi Bazar Ramadhan Jasin

Ini merupakan video kejadian ribut taufan di Bazar Ramadhan Jasin yang telah meragut 3 nyawa. 



Gambar kredit to Hmetro



Kalau dilihat pada video ni, kita boleh lihat khemah-khemah berterbangan ibarat layang-layang. Ini semua berlaku dalam masa yang singkat. 


3 orang terbunuh dalam kejadian yang tidak diduga itu. Seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73 dari Batu 15, Kampung Air Merbau Bemban yang maut akibat dihempap besi kaki khemah tempat dia berniaga di Pasar Ramadhan Stadium Jasin.
Selain itu, pembantu gerai murtabak, Mahadi Muhammad, 39 dari Taman Maju turut mati di tempat kejadian dan dipercayai terkena tapak besi kaki khemah yang diterbangkan ribut yang melanda hampir 4 minit.
Pengunjung yang terbunuh dikenali sebagai Muhammad Wahab, 45, dari Kampung Rim dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka kira-kira jam 7.15 malam. Kejadian ini juga menyebabkan 17 lagi termasuk pengunjung turut cedera. 


Jom kita tengok video kesan kejadian Ribut Taufan di Bazar Ramadhan Stadium Jasin semalam. 



Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah-arwah yang telah pergi meninggalkan kita.

10 comments:

CintaNajihah said...

alfatihah. moge roh mereke dicucuri rahmat. amin~

MX said...

@CintaNajihah

amin~
semoga roh mereka dicucuri rahmat...

kelhome said...

takziah kpd keluarga mangsa, semoga rohnya dicucuri rahmat

MX said...

@kelhome

amin~...
semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...

Bit Zamri said...

bile jadi ni?
kasihan....
Al fatihah..

MX said...

@BitZamri

semalam...
semua terjadi tanpa diduga...

saddam said...

takziah kepada keluarga mangsa.semoga roh mangsa ducucuri rahmat..

MX said...

@saddam

amin~
sama-sama kita doakan ye...

Ummiega said...

Masya Allah, kami baru tahu...

MX said...

@ummiega

takpe...
sama2 sedekahkan al-Fatihah...