August 21, 2010

Walaupun cacat penglihatan, beliau masih boleh membaca Al-Quran

Bila disebutkan perihal Al-Quran, ada diantara kita masih tak dapat nak membaca Al-Quran. Walaupun dikurniakan anggota badan yang sempurna. Semalam aku ke majlis ilmu yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Kelantan. Kebetulan kat tempat tu ada jualan pakaian, sayur-sayuran, CD ceramah, kek dan banyak lagi la. Sambil-sambil mendengar ceramah dapat mendengar ilmu yang disampaikan.

Kalau di Kota Bahru, Kelantan ni, memang dah menjadi acara kebiasaan untuk pagi Jumaat. Maklum la pada hari Jumaat ni, negeri-negeri tidak bersekutu macam Kelantan, Terengganu dan Kedah menyambut hari minggu. Jadi hari Jumaat ni cuti la. Sebab tu, hari Jumaat digunakan untuk membuat program yang aku rasakan memang tidak ada di negeri-negeri lain.

Aku terjumpa seorang pakcik yang menarik perhatian aku. Beliau ni bukan lah seorang peminta sedekah. Tapi beliau menjual minyak gamat disitu. Beliau cacat penglihatan. Tapi aku kagum dengan beliau. Sebab kesungguhan beliau untuk mebaca Al-Quran terpapar dalam diri beliau. Kebiasaanya jarang kita jumpa orang yang membaca Al-Quran menggunakan tulisan "Braille". Satu kemudahan yang dicipta untuk memberi peluang kepada mereka yang cacat penglihatan.

Terfikir juga aku, pak cik ni yang cacat penglihatan pun bersungguh nak membaca Al-Quran, tetapi kita yang tiada cacat celanya adakah kita selalu menyentuh Al-Quran? Aku menilai diri aku kembali. 

Semalam, khutbah Jumaat pun ada sentuh pasal Al-Quran. Bersempena dengan tanggal 17 Ramadan merupakan tarikh turunnnya Al-Quran. Dan pada bulan Ramadan juga la kita mendapat ganjaran yang banyak dengan setiap huruf Al-Quran yang kita baca. Cuba bayangkan pada hari biasa kita dapat 1 pahala. Tetapi bila berada di bulan Ramadan kita dapat 10 pahala. Tidakkah kita terfikir akan itu satu bonus kepada kita? Yela. Macam tiap-tiap hari sebelum bulan puasa dapat RM 1 bila dah masuk bulan puasa dapat RM 10. Jadi keuntungan berlipat ganda. Kita bukan membaca satu huruf sahaja malah beratus huruf. Cuba bayangkan.

Jadi aku mengajak la rakan-rakan yang di luar sana bersama kita contohi pak cik ni. Walaupun cacat penglihatan, tetapi beliau masih mampu untuk membaca Al-Quran. Jadi kepada kita yang sempurna ni, gunakan peluang di bulan Ramadan ni untuk mengumpul seberapa banyak amalan untuk dibawa ke akhirat kelak. Sebab kita pun tak tahu, mungkin juga ini merupakan Ramadan terakhir kita. Mungkin. Siapa yang tahu. Jadi sama-samalah kita mempertingkatkan amal kita. Sekarang ni pun dah masuk tahap kedua dalam bulan Ramadan. Masih ada 20 hari. Sempat lagi ni. Sama-sama kita manfaatkannya. Akhir kata, selamat beramal. Hehehe. Dah macam yang dalam radio la pulak.

8 comments:

sizuka[Izzati] said...

terasa diri ni kerdil sangat.*insaf~*

GaDis CoMeL said...

itu la kenyataan skrg, org yg kurang sana sini lebih bersyukur dan pandai menghargai dari kita yang sempurna pancaindera.

sayang said...

respekla pakcik ni ... tabik spring !

MX said...

@sizuka

kdang2 kita pun terleka kan...
=)

MX said...

@Gadis Comel

betul tu...
dah menjadi lumrah manusia...
sepatutnya kita yang sempurna ni lebih bersyukur kan...
=)

MX said...

@sayang

=)
respect2...sangat2...

fiezah91 said...

kdg2 malu dgn diri sndri yang terleka

MX said...

@fiezah91

=)
begitu juga saya...