September 6, 2010

33 kematian dalam Ops Sikap ke-22

Baru dua hari Ops Sikap 22 dilancarkan sejak Jumaat lalu. Sebanyak 22 kematian telah dicatatkan pada hari kedua ini dan menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya kepada 33 kematian sejak operasi bermula Jumaat lepas.
Melalui laman web Polis Diraja Malaysia melaporkan mereka yang terkorban melibatkan 14 penunggang motosikal, 6 pengguna kereta dan sebuah lori. Hari pertama Ops Sikap ke-22 mencatatkan kematian seramai 10 orang.
Sebanyak 1,322 kes kemalangan telah dilaporkan berlaku semalam dengan 133 kes di lebuh raya, 398 kes di jalan persekutuan, 215 kes di jalan negeri, 485 kes di jalan bandaran dan 91 kes lagi di jalan-jalan lain. Selain itu, sebanyak 8,522 saman dah pun dikeluarkan untuk pelbagai kesalahan jalan raya.~BERNAMA

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh PDRM, bila musim perayaan je mesti banyak kes kemalangan. Cuba kita bayangkan dalam masa 2 hari je PDRM dah keluarkan 8,522 saman. Baru dua hari. Kalau 2 minggu?

Tak nak ke kita sampai ke kampung halaman dengan selamat? Biasa la musim raya mesti semua nak cepat sebab nak jumpa keluarga tapi perlu ke cepat sampai sehingga mengorban nyawa? Dalam hal ni, semua pengguna jalan raya perlu la mengambil peranan. Jangan masing-masing pentingkan diri sendiri. Masing-masing kena lah bekerjasama. Lagipun di musim perayaan ni semua mempunyai tujuan yang sama. Nak jumpa keluarga di kampung halaman.

Jangan biarkan keluarga kita menyambut tangisan di kampung. Biarlah menyambut dengan kegembiraan. Sekarang ni pun tengah bulan puasa. Kenalah bersabar sikit. Aku tahu, ramai diantara pemandu-pemandu kereta ni tak suka traffic jam. Lepas  tu suka sangat nak potong queue. Jadi control sikit. Cuba bersabar. Orang lain pun beratur juga kan? Jadi amalkan pemanduan berhemah sempena musim perayaan ni ye.




2 comments:

MangkOk cHenTa ♂ said...

sedeyh bile sikit lagi nak raye n then kehilangan org tersayang..
=(

Aizat Shafiq said...

@Mangkok chenta

berhati-hati di jalan raya...
ingatlah orang tersayang di kampung..
=)