September 8, 2010

9 ditahan sebab sambut raya pagi tadi

Pelik. Setahu aku, baru tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja umumkan yang Jumaat ni raya. Tapi pagi tadi dah pun ada mereka-mereka yang menyambut raya. Kalau nak ikut time Makkah pun, rasanya baru esok raya. Jadi diorang ni ikut mazhab mana pulak ye? Pelik betul la. 


KANGAR: Sembilan anggota termasuk empat sekeluarga ditahan selepas didapati menyambut Aidilfitri lebih awal di sebuah surau di Seriab, dekat sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Abdul Malik Hussin berkata kumpulan berkenaan, dipercayai membawa ajaran dari Dumai, Indonesia, ditahan selepas dikesan menunaikan solat Aidilfitri di surau berkenaan pada pukul 8.30 pagi ini.
Semasa ditahan, kumpulan itu sedang mendengar khutbah yang disampaikan oleh ketua kumpulan itu, Shuit Ismail, 51, di surau berkenaan yang dipercayai menjadi markas kumpulan itu.
Kesemua anggota kumpulan itu kemudian dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada sebelah petang dan mereka didakwa mengikut Seksyen 28 Enakmen Jenayah Dalam Syariah 1991 Negeri Perlis kerana mengingkari titah perintah Raja Perlis berhubung kentetuan tarikh bermulanya puasa dan Hari Raya.
Mereka yang berusia antara 19 dan 52 tahun itu, tidak diwakili peguam, mengakui bersalah atas tuduhan itu dan memohon hukuman ringan dengan pelbagai alasan termasuk menanggung beban hidup.
Ketua Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim, kemudian menjatuhi hukuman denda RM1,000 atau empat bulan penjara ke atas Shuit manakala lapan yang lain dijatuhi hukuman denda RM900 atau tiga bulan penjara termasuk dua anak Shuit iaitu Zulhaq, 21 dan Hakimul Ariff, 19 dan isterinya Haslina Md Hashim, 50.
Lima lagi ialah Shahrizal Ahmad, 26, Ahmad Darus, 62, Kamaridan Man, 54, Shahrulnizan Yusof, 21, dan Norazlina. ~Mstar 




Dan-dan lagi mereka 9 sembilan orang ni buat sembahyang raya. Siap dengan khutbah sekali. Kot ye pun nak beraya. Tunggu la sampai Jumaat ni. tinggal sehari je lagi kita berpuasa. Ish3... 


2 comments:

nabilah said...

dah tak sabar sangat nak raya ke orang2 ni..hahaha..

~selamat hari raya~

Aizat Shafiq said...

@nabilah

sehari pun tak boleh nak tunggu ke...
hehehe

selamat hari raya jugak...
=)