September 24, 2010

Ahmadinejad malukan Delegasi Amerika Syarikat depan 192 buah negara

Mahmoud Ahmadinejad dah malukan Delegasi AS di Perhimpunan Agung PBB. Bagi aku, aku cukup respect Presiden Iran ni. Sebab berani mengeluarkan kata-kata yang membangkitkan semangat orang Islam. Kali ni dia dah malukan Delegasi AS apabila satu ucapannya di Pehimpunan Agung PBB dengan mengeluarkan teori bahawa " ada pihak dalam kerajaan AS yang merancang serangan itu untuk menaikkan semula ekonomi AS yang merosot selain mengetatkan cengkaman di Asia Barat bagi menyelamatkan sekutu kuat mereka rejim Zionis".


"Selain itu majoriti rakyat AS serta kebanyakan negara serta ahli politik di seluruh dunia bersetuju dengan pandangan ini" kata beliau di hadapan perhimpunan 192 negara itu. Cukup berani. Sebab berani nak tegakkan kebenaran.

Lepas je ucapan tu dibuat, Delegasi AS dan beberapa negara Eropah meninggalkan persidangan tu.

2 comments:

Kyuubi_85 said...

haha.. berani! bagus :)

Aizat Shafiq said...

@kyuubi_85

memang bagus....
membangkitkan persepsi terhadap umat Islam...