September 20, 2010

Aku berjumpa dengan Sultan Johor dan Sultan Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa

Tadi aku ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebab nak hantar kawan aku balik ke Indonesia. Kebetulan flight dia pukul 5 petang tadi sekali dengan DYMM Sultan Johor. Bukan naik flight sekali la. Cuma masa tu yang sama. Ni jugak buat pertama kali aku tengok upacara sambutan secara rasmi untuk Sultan di Lapangan Terbang.

Sampai kat airport tu tadi cukup ramai orang. Ramai jugak anggota polis traffic yang jaga dekat airport tu. Dan sepanjang jalan nak ke airport. Hari ni terpaksa la memandu dengan berhemah sedikit. Hehehe. 

Sultan Johor, Tuanku Ibrahim diiringi oleh Sultan Kelantan, Tuanku Faris ke balai pelepasan VIP. Sungguh mesra baginda dengan rakyat. Ni merupakan kali kedua aku berjumpa dengan Tuanku Faris. Kalau dulu, time solat Hari Raya Aidilfitri. ahun lepas.

Koleksi gambar yang sempat aku ambil tadi.




2 comments:

Lelaki Ini said...

besh2!

Aizat Shafiq said...

@lelaki ini

betul2...
bukan selalu nak dapat peluang nak tengok Sultan di depan mata...
tak sangka dapat tengol dua orang Sultan hari ni...
=)