September 16, 2010

Artis ni sempoi kan?

Petang tadi aku pergi ke Pasar Siti Khadijah. Hajatnya nak cari santan la sebab esok mak aku bercadang nak buat Nasi Dagang. Walaupun hari ni dah pun masuk raya keenam masih lagi banyak kedai yang tutup. Sampaikan hajat aku nak cari santan pun tak jumpa. Sebab tokei kedai santan tu cakap, kelapa pun dah habis. Sampai macam tu sekali raya ye. Habis kelapa kat kedai. Ish3.


Nak dijadikan cerita tadi masa aku pergi ke pasar tu tadi aku jumpa la seorang artis ni. Cukup mesra dengan mak cik-mak cik dekat situ. Memang dah banyak kali sangat dah aku jumpa dia ni. Tapi ni baru pertama kali aku jumpa dia kat pasar. Dan ni juga merupakan artis yang pertama kalinya aku jumpa kat pasar ikan. First time kot. Yang satu lagi aku tengok dia ni dengan bini dia takde la nak pakai spec yang besar gedabak macam artis selalu pakai. Biasa je. Tak pakai spec pun. Jadi orang memang kenal sangat la bila tengok dia. Nak tahu siapa dia?


Ni lah orang tu. Mustapha Kamal dan isteri. Memang sempoi habis lah aku tengok tadi. Mungkin patut dijadikan contoh untuk artis lain kot. 


Ni gambar yang aku snap sendiri. Tapi tak berapa clear la. Sebab jauh. Guna pun kamera digital je. Tapi ni bukti yang aku jumpa diorang sempoi je kat Pasar Siti Khadijah.

9 comments:

najib said...

kembar kot

Aizat Shafiq said...

@najib

bukan kembar ni...
memang betul2 dia...
=)

aYaz said...

peh..
mmg sempoi ah artis tu..
kan best kalo artis laen pn sempoi2 mcm dia..
(^.^)

Cik Norfa said...

tgk dr jauh mmg nampak sempoi. cuba tegur sket. sbb dulu jmp mustapha kamal mcm sombong orgnye...mungkin dia nakkan privacy kot! tp kalau dah artis mmg jd perhatian la kan.

Aizat Shafiq said...

@ayaz

tu la...
susah jugak nak jumpa artis macam ni kan...
=)

Aizat Shafiq said...

@cik norfa

tadi ade dengar jugak dia cakap2 ngan mak cik yang jual2 sayur tu...
ok je...
tak la sombong..
=)

Ery Farieha said...

anak die ke tu?

comel gila?

Aizat Shafiq said...

@ery farieha

yang gambar baju hijau tu ye la...=)

kukuchimachikumi said...

artis pn manusia biasa....