September 29, 2010

Berhati-hati bila guna mesin ATM | Anda mungkin jadi mangsa

Berhati-hati ketika menggunakan mesing ATM sebab sekarang ni macam-macam car diorang nak mencuri. Sekarang ni 'Geng Tepuk Bahu' pulak. Diorang boleh cam bunyi mesin ATM time kita tekan no pin. Jadi berhati-hati ketika menggunakan mesin ATM. Jangan sampai terpedaya.


Berikut adalah laporan daripada Berita Harian.
KUALA TERENGGANU: Polis mengesahkan sindiket antarabangsa yang dikenali sebagai 'geng tepuk bahu' untuk menukarkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) memiliki kemahiran membaca nada bunyi pada papan kekunci nombor mesin ATM bagi membolehkan mereka mengetahui nombor pin ditekan mangsa.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata kumpulan itu didapati bergerak antara dua hingga tiga orang dan berlegar di bank dengan masing-masing mempunyai tugasan sendiri iaitu mendengar nada nombor pin ketika mangsa membuat pengeluaran, memerhatikan gaya dan pergerakan mangsa selain menabur wang di lantai bagi mengalih perhatian mangsa ketika menukarkan kad ATM di mesin.
Beliau berkata, kelalaian segelintir pengguna mesin ATM yang kurang peka untuk mengamalkan ciri keselamatan seperti mengelakkan jarak ketara dengan mesin ATM ketika melakukan pengeluaran wang memudahkan lagi penjenayah menjalankan kegiatan.
"Segelintir pengguna kurang peka untuk mengutamakan aspek keselamatan ketika mengeluarkan wang di mesin ATM. Mereka mungkin menyangka selamat apabila merasakan orang tidak tahu nombor pin keselamatan mereka, tetapi sebenarnya kadang kala tindakan menjarakkan diri dari mesin ATM membolehkan nada pada papan kekunci dibaca dengan lebih jelas. 
"Kesempatan inilah yang digunakan penjenayah dan ia dibuktikan selepas kita menyoal siasat tiga rakyat asing yang ditahan di Chukai, Kemaman pada 19 Ogos lalu," katanya. 
Akhbar pada Ogos lalu melaporkan, polis menahan tiga warga Peru berusia 30-an hingga 60 tahun mengikut mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 kerana dipercayai terbabit dalam sindiket menipu dengan taktik menepuk bahu mangsa, sebelum bertindak menukar kad ATM dalam kes membabitkan kerugian hingga RM30,000 dalam tempoh dua bulan lalu. 
Difahamkan, kumpulan berkenaan kebiasaannya memilih mangsa yang mempunyai banyak wang di dalam akaun melalui pengamatan terhadap cara pemakaian dan kenderaan mangsa. 
Mohd Shukri berkata, hasil siasatan, kebolehan membaca dan mendengar bunyi nada nombor pin itu hanya dimiliki seorang daripada tiga suspek. 

10 comments:

SyAmSuL AnUaR said...

nk kuar duit skrg ni pn kene hati2.. x de keje warga asing ni...

Saya Suka Cara Kamu Berfikir

GreenAppleKu said...

Kalau nak cash out di ATM kena hati-hati dan pandang2 dengan kehadiran warga asing..

Azwandy Bin Muhamad said...

Ish...bahaya jugak eh...mcm2 je la skrg ni...semua nak ambik cara mudah nak dptkan wang...huhu...

Anwar Osman said...

kalau mcm tu kena pakai selekeh la masa p mesin ATM sebab dorg target mangsa yg saspek byk duit dlm akaun.

miss lolly a.k.a luvfareda said...

hooo, akutnyaaaaaaaaaaa

Aizat Shafiq said...

@syamsul anuar

tu la...
memang bahaye...
sekarang ni macam-macam orang buat sebab nak dapatkan duit...

Aizat Shafiq said...

@greenappleku

tu la...
sekarang ni kena selalu tengok sekeliling...
huhuhu

Aizat Shafiq said...

@azwandy bin muhamad

zaman sekarang ni orang tak fikir sangat dah...
yang penting dapat duit...
huhuhu

Aizat Shafiq said...

@anwar osman

hehehehe...
ok jugak camtu...
=p

Aizat Shafiq said...

@miss lolly

hehehehe...
lain kali kene ajak 'abg' la pergi ke ATM tu...
hahaha...