September 17, 2010

Betul ke mimpi ni mainan tidur? | Sebab tadi aku ada bermimpi


Korang pernah tak hilang sesuatu?

Biasanya kalau hilang sesuatu ni kan mesti kita akan tercari-cari kan. Sebab kadang-kadang benda tu kita nak guna dengan kadar segera betul tak?! Macam aku tadi adik aku hilang Mp3. Sebab dah lama sangat tinggal kat rumah ni jadi tak jumpa la. Masing-masing sibuk cari Mp3 tu tapi tetap tak jumpa. Last-last kitaorang pun give up la.

Kira aku pun give up jugak la. Lepas tu sampai tertido atas sofa. Sampai tertido tu. Bertambah pulak dengan hari ni yang cukup panas. Masing-masing tak larat. Tak sampai setengah jam aku tertido atas sofa tu lepas tu aku teringat kat mana Mp3 tu ada. Sedangkan aku memang tak sangka langsung yang Mp3 tu ada kat situ. Bila aku suruh adik aku check kat dalam kotak yang aku teringat masa tidur tu. Memang Mp3 tu ada kat situ.

Ehem..ehem. Mimpi ni mainan tidur ke? Tapi macam tadi tu aku mimpi jadi kenyataan. Betul ke ni? Sampaikan tertido atas sofa pun aku boleh mimpi pasal Mp3 tu. So, korang boleh explain tak? Betul ke mimpi ni mainan tidur?

2 comments:

Zala Wajik said...

memori tersingkap dalam mimpi tidur :)

Aizat Shafiq said...

@zala wajik

tu la pasal...
teringat pulak time tido tadi...
hehehe