September 25, 2010

Follower | Ikhlas ke tak?

Bila bercakap pasal follower ni penting ke? Penting sangat ke nak ade follower tinggi-tinggi? Sebab bila orang berblogging selalunya orang cakap kalau dapat follower sampai ribu-ribu nanti banyak la traffic orang tu. Tapi sejauh mana kebenarannya.


Pernah sekali Bro Framestone komen dalam entry aku pasal kehilangan follower. Follower yang ramai ni tak semestinya orang yang pertama akan baca update blog korang. Contohnya, kalau seorang follower tu dah follow sampai beribu blog. Macam mana dia nak nampak entry korang, sedangkan bila korang update tu katakanlah ada 100 blogger lain yang update pada waktu yang sama. Jadi tak sempat nak dijenguk nye entry korang nanti. Betul jugak pendapat tu. 

Ada jugak blog-blog yang banyak follower ni sebab tuan blog ni cantik. Hensem. Comel. Memikat. Sebab tu ramai yang follow blog tu. Ni lah yang dikatakan penarik. Betul tak? Jadi kat mana keikhlasan korang nak follow satu-satu blog ni?

Ada juga yang gunakan konsep I follow U, U follow me. Sebab nak orang follow dia. Jadi sama-sama follow. Tapi berapa ramai nak follow blog tu kalau input blog tak berapa nak best. Sebab nak dapat ramai follower. Bila dah follow banyak blog, bukan semua blog tu korang akan jenguk atau tengok. Kadang-kadang tu lepas follow terus tak jenguk langsung. 

Jadi mana lebih penting reader atau follower? 





p/s: Jom join Terjah @ aizatshafiq.com. Untuk kebaikan bersama. Sama-sama berkongsi dengan konsep Give and Take. Sama-sama dapat untung. Sekadar berkongsi dengan reader blog aku yang tak seberapa ni. 

18 comments:

ProfHariz said...

Seharusnya yang lebih penting adalah reader.. Dalam masa yang sama follower pun lebih penting. Jika banyak follower kita akan merasa woo ramai jugak orang yang sukakan penulisan aku.. Untuk menaikan semangat kita berblog.. tak begitu?

New Entry ProfHariz
Video Klip Kutuk Namewee Rasis?

miss lolly a.k.a luvfareda said...

H0ooo.

xfact0r sesebuah bel0g tu penting. Itulah yg dipanggil IDENTITITITITI. hahaha!

f0l0wer dalam k0tak f0lower tu Xpenting bagi me, yg paling utama reader. Itu yg menaikkan smangat kite utk trus berbl0ging ekceli.

jangan trlalu mengejar angka f0l0wer, tapi biar readers nj0y dgn penulisan kite :)

missbby said...

saya setuju...sebenarnya jeles gak nengok orang lain ada follower banyak.tapi kan saya pentingkan reader..yang hari2 ikhlas jenguk ke blog saya untuk baca apa je yang saya tulis..janji reader tak lari..hehehe...

zool said...

Pada aku reader lagi penting. sebab tak semesti follow tapi datang balik..

tapi masing2 ada pendapat masing2..

aYaz said...

mcm tn.blog ckp,
ade yg ikut je,tp tak dtg dah..
tp ade gak yg x follow dn slalu jengah..
mcm aku,ade blog ni bkn nk follower ribu-riban,
aku wat blog utk isi mase lpg,suke-suki,tu motip asal aku wat blog..
nak online je 24jam,bukan jenis aku la..
aku myb prefer reader dr follower..

(sbb aku msh br dlm dunia blog)

proud to be me said...

reader lbh penting...!klu follow tp xbaca xde faedah gk...

Aizat Shafiq said...

@profhariz

setuju...
bila dah ramai follower ataupun reader..
nak tulis entry pun rase semangat je....
sebab ade orang nak bace...hehehe

Aizat Shafiq said...

@miss lolly a.k.a luvfareda

buat ape yang kita suka...enjoy...
hehehe..
tapi kalau hensem, comel, cantik mesti ramai follower kan?...
hehehe

Aizat Shafiq said...

@missbby

betul tu...
reader memang penting...
makin ramai reader makin naik semangat nak tulis entry...
=)

Aizat Shafiq said...

@zool

betul tu...bila seseorang follower tu dah terlampau banyak follow blog...
mesti susah nak selalu jenguk blog kita...
sebab tu lagi sikit yang difollow...lagi elok..
betul tak?

Aizat Shafiq said...

@ayaz

reader is better than follower...
sebab reader memang suka pada blog kita...
kalau follower ni belum tentu datang balik...
=)

Aizat Shafiq said...

@proud to be me

tu la pasal...
follower beribu-ribu tapi yang bce 2,3 orang pun tak guna jugak kan...
tapi kalau follower ramai ni pun ade potensi jugak nak ade reader ramai...
=)

adilah said...

yup..stuju ngn aizatsyafiq..
follower tak penting mana pun..kalo x jd follower suka bca blog org lain,kita akn msuk smula jgk.. :)

ashrafi said...

Peranan kita untuk menulis sesuatu yang bermanfaat, menarik dan 'memberi' kepada pembaca itu yang penting. Insha ALLAH sesiapa yang melawat akan tertarik untuk membaca, jadi follower seterusnya mengikuti perkembangan blog.

Wallahua'lam

Aizat Shafiq said...

@adilah

betul tu..
yang penting isi kandungan blog kita yang akan menarik pembaca...
=)

Aizat Shafiq said...

@ashrafi

setuju2...
tu la yang dinamakan Give and Take...
=)

Weeda said...

haip~

kadang2 blog yg kita x follow pun kita selalu baca n x penah miss entri dia...yg penting blog kita ada sumting yg buat org suka dan akan datang lagi~

Aizat Shafiq said...

@weeda

betul tu...
bila dah follow banyak2 takut tak sempat pulak nak jenguk semua blog kan?..
sebab tu kena ada kelainan dalam blog...baru ade orang nak datang...
=)