September 14, 2010

Cara-cara mendapat idea berblogging

Bila dah jadi blogger ni kan, mesti kita nak update setiap hari. So, mesti kita kena ada idea. Tapi apa yang korang buat bila dah kering sangat idea nak update blog? Sebab kadang-kadang aku pun buntu jugak. Sebab bila dah mencurah-curah idea nak update blog mesti ada satu masa tu kita akan kekeringan idea. Betul tak?


So apa yang korang buat bila dah kekeringan idea? Kat sini aku nak bagi idea kat korang bila korang memang dah betul-betul tak ada idea nak tulis.

  1. Cuba cari idea di persekitaran korang. Apa yang korang alami seharian. Contoh macam Ben Ashaari. Boleh kata tiap-tiap hari mesti dia update. Boleh kata banyak mengenai perjalanan hidup dia. Sebab tu blog Ben Ashaari ni selalu je mempunyai visitor yang tinggi. Sebab tu idea dia susah nak kering. Betul tak?
  2. Banyak melawat laman-laman web newsonline. Macam HarianMetro, Kosmo. Nanti korang boleh la tengok isu-isu terkini. Pastu boleh buat komen ke atau ceritakan isu-isu terkini dalam blog korang. Secara tak langsung korang dah ada isu untuk korang punya blog.
  3. Lepas tu, melawat la blog-blog orang lain. Ni bukan bertujuan nak COPYPASTE. Cuma nak tengok apa isu-isu yang terkini. Sebab kebiasaannya blogger ni dapat isu lagi cepat daripada news kat TV. Sebab tu, dunia maya macam dunia blogger ni lagi cepat tersebarnya information jika dibandingkan dengan TV.
  4. Melalui pembacaan majalah-majalah pun boleh jadi salah satu sumber untuk korang buat entry dalam blog korang. Sebab dalam majalah-majalah pun banyak jugak yang boleh dijadikan input.Secara tak langsung boleh jadi sumber idea korang untuk berblog.

Selalunya kalau berblog menggunakan idea sendiri adalah lebih baik. Macam Ben Ashaari dengan RedMummy. Diorang banyak berblog pasal perjalanan hidup diorang. Mungkin sebab tu diorang dapat banyak reader. Aku pun bukan 100% berblog pasal hidup aku. Ada macam-macam kategori jugak la. Tu semua ikut kepuasan diri masing-masing.

So, korang pula macam mana? Apa sumber korang untuk mendapatkan idea? 




14 comments:

Nama Saya Melati said...

Hurm. Terima kasih di atas tips yg bernas ni! :D

Bro Framestone said...

jgn tenye bro mane leh dapat idea he...23x

entah la..

selalu ade je yg request bro wat entry pasal itu ini...

dan dalam masa yang sama mmg byk benda bro nk kongsikan dengan semua

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

paraxixth said...

gua tak ada idea. boleh tolong update kan blog gua?

sunglasses said...

menarik artikel ni boleh dapatkan lebih idea lepas ni

Kalamhati said...

great sharing!mekasih..=)

Aizat Shafiq said...

@Nama Saya Melati

sama-sama..
sharing is caringkan?...
hehehe

Aizat Shafiq said...

@Bro Framestone

ade request ke?..
waa...best2...
takpe bro dah popular...hehehehe...
sharing is caring...
betul tak bro?...
=p

Aizat Shafiq said...

@paraxixth

update blog lu?...
hahaha...
jom discuss contract...
=p

Aizat Shafiq said...

@sunglasses

thanks...
hehehe...
boleh jadikan sebagai panduan ye...
=)

Aizat Shafiq said...

@kalamhati

sama-sama....
sahring is caring...hehehe

SyAmSuL AnUaR said...

info yg bgs2..(^^) dh tahu mcm ne nk cari idea...

Aizat Shafiq said...

@syamsul anuar

hehehe...
sekadar berkongsi apa yang saya tahu..=)

KBSM said...

bro.. pinjam entri..

Aizat Shafiq said...

@KBSM

no problem...
ambik je bro...
=)