September 2, 2010

Cara nak dapat traffic ke blog | Tips Blogging


Apa yang selalu diinginkan oleh seorang blogger? Mesti la nak dapat traffic tinggi atau pembaca log yang ramai. Sebab bila dah ramai visitors dan pembaca blog kita sudah tentu banyak manfaat lain yang kita boleh dapat. Contohnya buffered earnings dari Nuffnang. Bila dah maju sikit, boleh dapat advertorials pula. Jadi traffic atau readers yang tinggi ke blog mampu memberi peluang untuk mendapatkan peluang income yang tinggi.


Berdasarkan pengalaman aku, aku nak cerita sikit antara sumber-sumber atau punca traffic yang kita boleh cari.


1. Search Engines
Ni adalah sumber utama yang boleh menjana traffic ke blog kita. Sebab orang takkan cari direct dekat blog. Biasanya kalau kita nak cari satu-satu isu ke mesti kita pergi kat Google ke, Yahoo ke. Mesti kita search kat situ. Bila blog kita berada di muka hadapan Search Engines macam Yahoo atau Google. Sudah semestinya orang akan klik pada link kita. Jadi search engine, ni banyak main peranan. Boleh tengok prestasi blog yanmieonline.com & www.kujie2.com. Tu contoh blog yang menggunakan Search Engines untuk mendapatkan traffic.


2. Backlinks
Yang ni pun boleh jana traffic ke blog juga. Sebab backlink kat blog orang lain mampu nak jana traffic. Jadi bukan senang-senang nak dapat backlinks ni. Sebab bukan semua orang nak letakkan link kita dalam blog. Melainkan kita kenal dengan orang tu. Jadi kena berbaik-baik dengan tuan blog, backlink diorang dulu ke. Nanti mesti diorang backlink korang balik. Aku pernah tulis satu entry pasal backlink ni. Boleh rujuk entry backlinks mampu menjana traffic ke blog.


3. Ping Blog
Yang ni pun banyak juga. Kalau macam dulu kebiasaannya kita ping dekat Gengblogger.com. Tapi buat masa sekarang ni, laman web gengblogger masih lagi down. Jadi tak boleh nak ping kat blog tu. Korang boleh cuba dekat laman web ping yang lain macam blogged.my tak pun imcurtain.com. Kat situ pun ramai jugak yang ping blog. Blogger-blogger hebat pun ramai ping kat situ. Tak salah kalau korang nak ping kat situ jugak kan?


4. Social Network
Sekarang ni takkan la korang tak ada facebook. Mesti ade kan? Kat situ pun korang boleh share link entry korang. Tak pun kat twitter. Situ pun boleh juga. Bila orang dah berkenan nak tengok entry kita. Mesti diorang klik punya. Jadi tajuk entry  atau summary yang korang tulis dekat social network tu kena la menarik. Contohnya : siapa nak menang duit raya RM ****? mesti ada yang akan klik link entry tu nanti.


5. Blogwalking
Yang ni aku rasa ramai yang buat. Sebab ni adalah cara termudah nak dapat traffic. Sebab bila kita tinggal link kat shoutbox blog blogger lain nanti orang akan datang melawat blog kita. Tapi yang ni juga boleh dikatakan susah juga. Sebab bila kita nak traffic ramai kita kena klik banyak blog. Contoh kalau nak traffic 3,000 kena klik 3,000 ribu blog. Kita tak punya masa banyak tu. Jadi kita ubah cara, jangan selalu blogwalking. Tapi cari loyal reader. Nak cari loyal reader ni bukan senang. Jadi kita kena pandai tarik orang baca blog kita. Cuba tengok joegrimjow.blogspot.com. Dia kreatif, sebab hasilkan entry yang berkualiti. Jadi ramai orang suka baca blog nya. Jadi bila dah ramai yang suka, ramai juga yang akan datang balik ke blognya. Tu namanya loyal reader.


Aku rasa ni antara  cara-cara yang boleh kita gunakan untuk jana traffic. Yang penting kita pastikan yang entry kita hasilkan ni berkualiti. Cuba promotekan blog kita. Bukan semata-mata nak dapat income je. Bila blog dah mula dikenali ramai mesti ramai yang datang baca. Mungkin boleh jadi macam Redmummy.com yang unique viewer sebulan lebih 100k++. Hebatkan?  

20 comments:

Ery Farieha said...

dah malas blogwalk sekarang
huhuhu~

GaDis CoMeL said...

blogwalking je lah yg rajin. haha.

Aizat Shafiq said...

@ery farieha

ehemmm...ehemmm...
ery da popular...
hehehe

Aizat Shafiq said...

@gadis comel

hehehe...takpe...teruskan...
boleh memperkenalkan blog dengan cara tu...
=)

gnesop.com said...

nice sharing..
keep it up

Bit Zamri said...

mmg bagus tips ni..
tp yg SEO tu still lagi xpandai..

**okay aizat shafiq sila jadi loyal reader saya.. haha~
**gurau!

Aizat Shafiq said...

@gnesop

thanks sop...
=)

Aizat Shafiq said...

@Bit Zamri

hehehe...boleh je...
=)

s h e e said...

tips yg sgt bergune...thanx en aizat... (^_~)

Aizat Shafiq said...

@shee

sama-sama ye...
=)

Yan said...

salam..

ping blog tu ape?

Aizat Shafiq said...

@yan

ping blog tu macam gengblogger...
kita bagitahu yang kita ada post@entry baru dalam blog kita...
=)

overscurry said...

thanks

nisa fadzil said...

thanks untuk info :]

Nizam said...

thanks for the info... best.. :)

mjali said...

salam semua.. tips yang bagus untuk aku yang masih baru dalam bloggers..
Kalau sudi tu jenguk2 la blog aku bagi komen sikit macamana aku perlu buat kat blog...

http://www.myglobalnetworks.com

mjali said...

http://www.myglobalnetworks.com

thanks for all bloggers yang sudi jengok...

mjali said...

salam.. jengok aku kat blog
http://www.myglobalnetworks.com/

Bro Framestone said...

blog bro tiada apa2 T-T

salwaismail said...

terima kasih :)

http://salwaismail.blogspot.com