September 1, 2010

Desktop Raya di rumah aku

Hari ni aku dah beli PC baru. Biasanya kalau raya orang beli sofa baru, langsir baru. Tapi raya kali ni aku beli desktop baru. Untuk kat umah je. Dah angkut satu lepas survey yang aku buat 2 hari lepas. Tak mahal cuma RM 1800++. Banyak kedai juga yang aku survey tapi kat satu kedai ni juga yang bagi harga murah. So, petang tadi aku dah beli.


Kotak kat ats ni yang masih belum di unwrapped. Baru sampai umah. Yang penting gambar dulu. Hahaha. Ni kali kedua rumah aku beli komputer desktop. Kali terakhir 10 tahun lepas. Mak aihhh. Lama betul kan. Bila dah pakai laptop, komputer pun jarang-jarang nak pakai. Jadi kali ni komputer ni ayah aku nak beli sebab nak ganti komputer lama yang dah 3 tahun tak boleh guna langsung. Hahaha.


Haaa. Ni desktop PC baru kat umah aku yang telah pun diunwrapped. Siap buka blog kat komputer tu dah tau. Specification untuk PC ni mengikut standard di pasaran sekarang. Ikut harga dalam RM 1800++ tak lebih pun RM 2000. 

CPU : Intel Dual Core 2.80Ghz
Ram : 2 Gb DDR3
HDD : 500 Gb
Graphic : Intel Media Accelerator 728 Mb
Flat LCD : 20 "

Kira ok la dengan spec. Lagipun beli kat Kota Bharu, Kelantan ni tak la sama kalau nak beli kat Low Yat kan. Hehehe. So, tak sampai sehari, duit yang ayah aku beri dah hilang dah. Sekejap je boleh merasa pegang duit banyak-banyak. Maklum la. Aku pun tak kerja lagi. Mana la boleh nak pegang duit banyak-banyak kan. Tunggu la kerja nanti. Tu pun kalau masih berpeluang nak pegang puluh-puluh ribu. Duit sendiri. Hehehe.


Bila la agaknya aku boleh pegang duit banyak lagi dari tu? ~Day Dreaming~

2 comments:

SYaMiLa said...

bestnya dpt desktop baru... :-)

Aizat Shafiq said...

@syamila

hehehe...
jangan jeles taw...
=p