September 4, 2010

Facebook Melayu Babi

Aku pernah tulis pasal fakta Facebook. Yang mana dalam masa tak sampai 10 tahun Facebook ni dah bernilai hampir $ 11 billion. Selain tu, Facebook juga  mempunyai pengguna seramai 400 juta orang di seluruh dunia. Cuba bayangkan kesan kepada dunia. Banyak faedah dan manfaat yang boleh kita dapat melalui Facebook. Tak terkecuali juga kepada kerugian dan mampu menimbulkan porak peranda.

Baru-baru ni digemparkan dengan satu Laman Group Facebook iaitu 'Facebook Melayu Babi'. Apa faedahnya semua ni? Kalau korang search dekat Facebook ruangan group ni masih boleh dibuka. Dan kumpulan tersebut kini mempunyai seramai 1,352 peminat ke atas kumpulan tersebut. Siapa yang menjadi dalang membuat kumpulan sebegini di Facebook?


Kalau kita fikirkan balik ini adalah salah satu cara mereka nak menggugat keamanan kita. Menimbulkan satu isu yang berbentuk perkauman. Kalau hari tu, heboh yang Namewee buat video yang boleh menggugat berbaur perkauman tapi aku rasa Facebook ni lagi berbbaur perkauman. Sebab dah terang lagi bersuluh, yang dinyatakan kat situ adalah orang Melayu.

Apa-apa pun kita jangan tunding jari kat siapa-siapa. Kita tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal ni melainkan kita ada bukti untuk menyalahkan sesiapa saja. Buat masa sekarang kita biarkan pihak polis dan pakar IT membuat penyiasatan terlebih dahulu. Aku rasa mereka mungkin boleh trace siapa yang buat ni dan bawa mereka itu ke muka keadilan.

p/s: Kalau tengok balik kepada mereka yang 'LIKE' status tu, adakah mereka-mereka ini racist? Fikir-fikirkan.

12 comments:

aSmiDar said...

tak kan orang melayu y create kan..
sooo..ermmmmm..pahm2 jela...

bella said...

pehhh semakin melampau facebook ni .. tapi bg aku bnda2 camni berani di dalam facebook je ..bila di luar lingkungan facebook takde pon wujud racist ... so, skang kita dah nmpak facebook memecahbelahkan kaum .. dahsyat kan orang kafir mencipta teknologi canggh mcm ni ...

Anonymous said...

.

Aizat Shafiq said...

@asmidar

nak cakap siapa yang create ni tak tentu juga..
kita tunggu siasatan polis..
sebab tak mustahil kalau ada orang Melayu sendiri yang tak puas hati dengan Melayu...
betul tak?

Aizat Shafiq said...

@bella

tu la...
dah banyak sangat cara diorang cuba untuk memecah belah kan orang lain...
banyak sangat contoh...
aizat stuju dengan bella...

Aizat Shafiq said...

@anonymous

..

shameel Iskandar said...

kalo melayu yg buat kerja mcm ni mmg itu melayu yg bangsat( maaf kalo bhsa saya agak kasar).

mye said...

teruknye

Wan Gerrard said...

hmm say no to racism^_^v

Aizat Shafiq said...

@shameel iskandar

berdasarkan apa yang saya tahu...
page ni mungkin dibuat oleh orang indonesia...
tapi kepastiannya masih belum pasti...
=)

Aizat Shafiq said...

@mye

memang teruk dan tak patut...

Aizat Shafiq said...

@Wan Gerrard

Say no To Racism...
=)