September 30, 2010

Fake Irine Nadia Marcello dalam Facebook?

Aku rasa, isu ni dah pun di highlight kan oleh sesetengah blogger. Kalau korang ingat dulu gambar blogger Dark Batman dan juga Ben Ashaari pernah dijadikan sebagai gambar profile orang lain. Kali ni aku pulak jumpa lagi satu Fake Identity yang menggunakan gambar orang lain. 

Yang menjadi masalahnye, bila orang lain yang guna gambar orang yang sememangnya dah terkenal dalam dunia maya ni.  Pada hakikatnya orang tahu yang dia ni menggunakan gambar orang lain. Sebab ape tak nak guna gambar sendiri? Diri sendiri tak cantik? Tak hensem? Sebab tu sanggup nak ambik gambar orang lain? Lepas tu ngaku gambar sendiri.


Blogger yang terkena kali ni, Irine Nadia Marcello. Aku rasa korang pun kenal sape Irine Nadia ni kan? Sebab dia ni memang cukup popular dengan blog nya. Selain tu, dia ni kan pernah jugak masuk Majalah DARA edisi July kalau tak silap.

Nak dijadikan cerita, budak yang gunakan gambar Irine ni tag gambar nya pada gambar kawan aku. Jadi tak pasal2 aku pulak yang nampak. Aku tahum kadang-kadang tu ade lagi yang tak cam gambar orang lain. Tapi bila aku tengok kat profile Irine balik. Memang gambar tu terang-terang diambil dari profile Irine. Aku tanya lah si Irine ni, dia cakap memang dah sound pun budak ni. Tapi still buat lagi. Ape hal? Addicted to Irine Nadia Marcello? Sampai dah tak ngaku diri sendiri?

Klik untuk lebih jelas

Melalui perbualan antara kawan aku. Memang aku tahu yang kawan aku ni memang tak kenal siapa Irine Nadia Marcello. Dan budak yang guna gambar Irine berasal dari Sarawak. Memang tak patut la, dah disound pun boleh buat macam ni lagi. Tak boleh pakai betul la.

Jadi sekarang ni berhati-hati la bila letak gambar kat Facebook. Sekarang ni macam-macam orang boleh buat dengan gambar kat Facebook. Ke arah kebaikan mahupun keburukan. Sebab tu kita perlu berhati-hati.

10 comments:

Nur Azila Ismail said...

bahaya letak pic sekarang .. org senang2 buat fake profile

Mr. J pengeRindu said...

sekarang sesiapa pun boleh menyamar dlm fb.

izulman said...

irine pernah stay rumah aku mase die dtg Sydney las time. haha.

regards from sdyney,
izulman

Aizat Shafiq said...

@Nur Azila Ismail

betul tu..
nak letak pic kat mane skrang ni cukup bahaye...
sebab tu kene berhati-hati...
=)

Aizat Shafiq said...

@Mr. J pengRindu

tu la pasal...
sekarang ni cukup bahaye...

Aizat Shafiq said...

@izulman

ye ke?...
mesti ko ni kenal family die kan...
hehehe

Hasrol Nizam said...

gambar kat fb tu mcm2 org boleh buat. so yg perempuan, better kena lebih hati2.. yg lelaki pun sama jugak. :D

Pendapat anda?
blog Serol-Nizam

Aizat Shafiq said...

@hasrol nizam

tu la...
dulu mangsenye Ben Ashaari dengan Dark Batman...
sekarang ni Irine Nadia pulak...
semua orang ke hati-hati...

Anonymous said...

Tapi kalau difikirkan balik, diri sendiri lah yang salah, tak nak gambar kena ambil, tak yah lah letak, dah letak nak bagi orang save tu namanya sengaja nak cari pasal...

Cik Mieyrarif said...

da byk da faker kat fb tu
mya sendiri pun penah kena.
haaii. hangin jugak mule2
:P