September 2, 2010

"Ganyang Malaysia" berterusan di Kedutaan Malaysia di Jakarta

Keadaan di Indonesia dengan kes Ganyang Malaysia masih lagi tidak surut apabila laporan berita hari ni mengatakan yang kedutaan Malaysia di Indonesia sekali lagi diserang. Kali bukan najis, tapi telur dan ikan masin busuk. Jalur Gemilang tetap dibakar oleh mereka. 


Serangan kali ni bukanlah dari pihak BENDERA ataupun LIRA ataupun GERAM macam yang aku tulis dalam entry Demonstrasi Indonesia berterusan terhadap Malaysia. Tapi demonstrasi kali ni melibatkan sekumpulan pelajar yang mendakwa mewakili Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (Gerakan Mahasiswa Undang-Undang Jakarta). Mereka ni bertindak mengotorkan bendera Malaysia dengan telur sebelum membakar dan melontarkan Jalur Gemilang yang terbakar sebahagiannya ke kedutaan Malaysia di Jakarta.

Apa yang diorang bantahkan masih lagi berkaitan dengan insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia berdekatan Kepulauan Riau baru-baru ni. Mereka juga membawa sepanduk yang turut ditulis "diplomasi mati suri", "ganyang Malaysia", "bela harga diri bangsa" serta "malingsia rumpun durhaka".

~BERNAMA

Pandangan aku,


Sebab apa perlu bertindak sedemikian. Masalah penahanan tu dah pun diselesaikan. Lagipun mungkin dah dapat penjelasan dari kedua-dua negara. Tapi masalah ini diperbesarkan oleh mereka yang sengaja nak menggugat keamanan kedua-dua negara. Perlu ke mereka persalahkan Malaysia sampai begitu? Aku rasa di 
Malaysia masih tak ada lagi berita-berita yang mengatakan bahawa kedutaan Indonesia diserang. Sebab tahan nelayan Malaysia. Masih tak ada lagi kes-kes bakar bendera Indonesia. Tapi sebab apa segelintir mereka ni berfikiran macam ni? Apa yang mereka tak puas hati? Takkan sebab satu perkara yang sudah pun diselesaikan di jadikan satu isu yang amat panas di rantau asia tenggara? 


Mereka ni persatuan pelajar. Takkan tak boleh berfikir akan satu-satu tindakan yang diorang lakukan.Pelik sungguh.

3 comments:

Ery Farieha said...

persatuan pelajar?

perghh
kalo kat negara kita, mmg da kene ni.
hhuhuhu

Aizat Shafiq said...

@Ery Farieha

tu la pasal...
teruk betul la...huhuhu

Amirol Asraf said...

Wow, smart ah jersi malaysia tahun ni.. nak kena grab cepat nih!