September 29, 2010

Hentikan Fraud Click | Pesanan daripada Nuffnang

Kalau korang perasan dekat blog Nuffnang terdapat satu pesanan khas yang ditinggalkan oleh Nuffnang. Berkaitan dengan pengiklanan oleh Nuffnang ni la. Kalau korang perasan sekarang ni boleh dikatakan semua blog ade perkhidmatan Nuffnang. Time aku mula-mula nak kenal blog 2,3 tahun lepas memang cukup susah untuk aku kenal Nuffnang. Sekarang ni banyak blog yang dah pun ade Nuffnang ni. 

First biar aku kenalkan dulu pengiklanan yang selalu Nuffnang bagi dekat bloggers. Terbahagi kepada dua, iaitu :
  • Metered Cost per Impression (mCPM) Campaigns yang dibayar berdasarkan number visitors yang datang ke blog korang. Ni lah yang dikatakan Buffered Earnings. 
  • Cost-Per-Click (CPC) campaigns. Yang dibayar berdasarkan berape ramai yang klik blog korang.
Sekarang ni Nuffnang dah detect mereka-mereka yang selalu melakukan penipuan klik. Sebab utama mereka buat macam ni adalah disebabkan oleh mereka yang menjana duit atau earnings secara cepat. Yela kan, bila klik iklan kat blog sendiri maybe diorang ingat senang-senang nak dapat income. Tapi cara ni memang Nuffnang dapat detect. Tak kira lah kalau korang tukar IP sekalipun.

Antara contoh-contoh mereka yang melakukan Fraud Clicking ni adalah:
  • Mereka yang klik pada iklan di blog orang lain. Lepas tu tinggalkan mesej atau pesanan kat shoutbox ke, suruh tuan blog tu klik balik pada iklan di blog mereka.
  • Menyuruh readers atau visitors untuk klik pada iklan di blog mereka.
  • Register banyak blog. Lepas tu klik setiap iklan di blog tu.
  • Bertukar-tukar IP dengan tujuan nak klik iklan di blog sendiri.
Tu antara contoh apa yang dipanggil Fraud Clicking. Dan perbuatan macam ni dah dikira melanggar Terms & Condition dibawah Section 6


First aku nak cakap, korang tak perlu lah buat macam tu. Sebab Nuffnang punya security ni memang tinggi. Lagipun perbuatan macam ni, senang sangat diorang nak detect. Lain lah kalau korang ni Hackers yang dah pernah hack sistem pertahanan US ke. Takpe la jugak. 

Satu lagi, korang buat macam ni macam tak berbaloi. Sebab ni akan merugikan korang jugak. Bukannya menguntungkan. Apa salahnya kalau korang fokus pada blog. Entry yang bagus. Nanti reader akan datang. Bila dah dapat reader ramai. Secara tak langsung nanti earnings korang akan bertambah. Betul aku cakap. Tak tipu. Yang penting niat blogging tu. Sebab nak dapat semua ni kenalah bersabar kan. Baru dapat hasilnya. Betul tak?!

Last sekali, kalau korang buat kerja-kerja macam fraud clicking ni. Elok berhenti lah.  Merugikan je. Sebab buat macam ni korang tak dapat banyak pun. Sikit je. Lebih baik korang cari reader sampai ribu-ribu sehari. Last-last income tu akan datang jugak.

SAY NO TO CLICK FRAUD.


6 comments:

Azwandy Bin Muhamad said...

Salam...

dah lama dah pasal ni... Siap nuffnang bagi surat kat email sape2 yg dikesan buat mcm tu...
hehe...

F@i3uL said...

hebat bro... ramai yg baca nasihat mcm bro nie, tp suma setakat bace je la.. pastu diorg wat blk.. tp info bagus nie....

Aizat Shafiq said...

@azwandy bin muhammad

tu la...
tapi masih ramai lagi yang buat...
pernah jugak dulu terima email daripada Nuffnang cakap pasal ni...

Aizat Shafiq said...

@F@i3uL

hahaha...thanks...
sekadar ingat-mengingati dengan rakan2 blogger sekalian...
=)

~~Ciklinn~~ said...

betul3

Aizat Shafiq said...

@ciklinn

hehehehe...
=)