September 6, 2010

Ingat lagi tak first time korang berblog?

Korang masih ingat lagi tak pertama kali korang masuk ke dunia blog? Time first time korang kenal apa itu blog? Kat sini aku nak cerita sikit pengalaman aku. Mula-mula sekali aku kenal blog ni. Kira nak flash back balik la ni.

Aku kenal dengan blog ni time aku sekolah menengah tahun 2005. Time tu aku kat MRSM. Ada seorang member aku yang kenalkan aku dengan blog ni. Korang try la tengok blog dia blog.ajinda.net. Sekarang ni kat MMU. Memang respect habis la kalau bahagian design ni. Time tu aku tak guna la lagi blogger sebagai hosting. Mula-mula aku kenal dengan LiveJournal. Time tu nak update pun guna PC sekolah je. Kadang-kadang tu time tengah kelas komputer la aku ambik masa nak update blog.

Time tu kira aku dengan dia je la yang ada blog. Yang lain tak ambik port pun blog-blog ni. Ye la kan. Macam buang masa je tulis-tulis. Lagipun bukannya ada orang baca. Aku pun tak tahu la sangat pasal dunia blog ni. Sebab time tu tak ramai blogger macam sekarang. Dulu tu, kalau nak jumpa blogger Melayu cukup susah. Jadi sebab tu masa tu aku tulis blog aku dalam bahasa Inggeris.

Lepas tu aku register kat Blogger.com. Dalam tahun 2005 tu jugak. Time tu, blogger memang tak best. Tak macam sekarang. Sekarang ni nak design blog pun senang. Dah memang ada siap-siap template designer dalam blogger. Tak susah. Kalau dulu memang kena pandai guna HTML code. Sebab semua edit kat situ. Dari situ la aku belajar cara-cara nak edit HTML code ni.


Bila dah masuk IPT aku teruskan dengan blogging, masih dalam English. Tapi entry aku yang masih ada start dari tahun 2008. Entry pertama aku. Masih begitu newbie time tu. Tak aktif sangat. Sebab tak ada internet sendiri. Masih lagi mengharapkan WIFI free. Jadi tak aktif sangat time tu. Lagipun time tu baru kenal-kenal dengan Facebook. Jadi kalau online je mesti Facebook. Hehehe.


Tahun lepas baru aku kenal apa tu Nuffnang. Sejak dari tu baru aku aktif berblogging. Sebab time tu juga aku pakai broadband. Lama juga la aku ambik masa nak blogging betul-betul. Walaupun, dah lama start blogging tapi masih boleh dikatakan newbie lagi.

So, pengalaman korang macam mana? Seronok pulak bila ingat balik first time aku blogging. Korang cerita la sket pengalaman korang pulak.

10 comments:

apik pehe said...

aku pon camtu gak..
baru jer dua minggu register nuffnang

nabilah said...

ingat sangat-sangat..entry first sangat lain dari entry sekarang...

aYaz said...

aku start blogging ni mid term 2009,mase tu aku study lg kt upm,sdg bz ngan FYP..
tp tah cemane,xcited wat 1 blog.
dah byk gak entry,ms tu juz cosmate yg tahu aku de blog.
pastu msng2 yg ade blog pn xchange link.
nak jadi cite,dan2 pas raye thn lps,x bape aktif blogging sbb sgt bz ngn final exam dan FYP.
terkubur sude 1st blog aku tu,sampai x terusik blog,ceh..
settle FYP,dlm 2-3 weeks after tu,kne LI plak,peh..trus x hengat psword blog..
akhirnye,aku wat kptsn utk wat 1 blog baru pas abes LI,yg mane start blogging balik bln 5 br ni..
huhuhu...giler ah,panjang plak komen aku..
sori tn.tanah...hek..

Aizat Shafiq said...

@apik pehe

mcam mane tu?...=)
aku register Nuffnang tahun lepas...
hehehe

Aizat Shafiq said...

@nabilah

betul tu...
mesti ade perubahan kan..
kalau tengok balik entry first tu kelakar pula...
maklum la...
first time blogging...
hehehe

Aizat Shafiq said...

@ayaz

sampai tak ingat password blog...
memang lame sangat tak bukak tu...hehehe..
takpe comment panjang2...
kongsi pengalaman nie..
=)

sarah-najwan said...

akak pom baru nk aktif..belum pndai sgt2 pun..nuff pom br gntung 2 mggu..

Ery Farieha said...

lame dah ko blogging ek
aku tahun lepas kot
kenal2 blog terus kenal nuffnang
hahahaa

Aizat Shafiq said...

@sarah-najwan

takpe2...
lame2 nanti ok la tu kak..=)

Aizat Shafiq said...

@Ery Farieha

lame la jugak...
kalau aku aktif dari dulu agak2 dah boleh same macam Redmummy tak?..
hahahaha...