September 5, 2010

Katy Li Lim Lian hina Agama Islam di Facebook

Sekarang heboh pasal Katy Lim Li Lian menghina Allah. Dalam bulan Ramadan yang mulia ni dah macam-macam yang timbul. Kalau sebelum ni Salleh Gregor Samsa buat satu kenyataan melalui Facebook pasal orang berpuasa. Timbul pula berita tentang seorang guru besar yang bersifat racist antara kaum. Lepas tu timbul pula Namewee yang dikatakan racist sebab buat video klip berbaur perkauman. Jadi dalam bulan Ramadan ni macam-macam dah jadi. 


Melihatkan pada rupa wajah si Katy ni macam masih bersekolah. Tak habis belajar pun lagi. Adakah dia ni berfikiran pendek dengan mengeluarkan kenyataan macam tu. Aku hairan dan pelik la. Apasal dia tak fikir dan menulis kenyataan yang menjadi satu isu penghinaan Agama Islam. Dia hina tuhan. Siapa tak marah. Bukan kenyataan pada facebook dia je. Malah dalam wall orang lain pun dia tulis jugak. Tengok la kat bawah ni.


Apa yang menjadi permasalahan Katy sampai mengeluarkan kenyataan macam tu. Kalau ikut balik kes-kes penghinaan dalam bulan ni. Aku rasa kes Katy ni paling berat. Dan tak salah kalau di jatuhkan hukuman yang setimpal. Sebab yang lain hanya melibatkan status bangsa. Tapi Katy ni terus menghina agama orang lain. Adakah ni salah satu cara Katy Li Lim Lian ni mencari populariti?

Diharap kes ni mendapat perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab. Sebab kes-kes macam Salleh Gregor Samsa dulu pun tak dengar yang dia ni di tarik ke mahkamah ke. Cuma dalam kes Namewee je aku dengar dia keluar buat laporan polis. Aku harap pihak bertanggungjawab, buat sesuatu, sebab ni boleh mencabar agama Islam sendiri. Kalau tak ada satu tindakan yang sewajarnya dilakukan. Mungkin pada masa akan datang akan ada lagi masalah penghinaan agama macam ni.

No comments: